style rambut lelaki

Style Rambut Lelaki: Potongan Famous 2022

Jika wanita menganggap rambut merupakan mahkota yang penting buat mereka, tiada bezanya dengan para lelaki. 

Rambut adalah salah satu perkara atau elemen yang penting dalam perihal untuk menjaga kekemasan diri.

Jenis potongan dan gaya rambut berperanan menyerlahkan personaliti diri seorang lelaki yang maskulin. 

Percaya atau tidak, ramai gadis masa kini jatuh hati dengan seseorang lelaki kerana penampilan dan gaya rambut mereka. 

Tak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan, kedua- duanya pasti mahukan yang terbaik untuk rambut. 

Sebab itu cara bagaimana memilih potongan rambut sangat penting. Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui style rambut lelaki pada masa kini.

 

Tips Menjaga Rambut

Masalah rambut tidak akan datang secara tiba-tiba, sebaliknya bermula dengan masalah kelemumur pada usia muda.

Ia sekaligus menyebabkan kulit kepala kering dan rambut akan mula gugur perlahan-lahan. 

Jika dibiarkan mahkota seseorang ini akan hilang juga serinya.

Guna shampoo dan perapi yang betul sahaja tidak cukup. Kena juga makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah.

Ini kerana ianya turut menjadi faktor yang akan mempengaruhi kesuburan rambut seseorang. 

Gaya rambut apa yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda? Baca artikel ini sampai habis untuk penerangan.

  1. Lonjong (Empat Segi Panjang)

style rambut lelaki

Wajah ini mempunyai dahi yang tinggi dan dagu yang panjang.

Wajah jenis ini tidak banyak masalah, jadi anda boleh buat gaya rambut dengan potongan bertingkat atau potongan yang amat pendek (buzz).

Jenis potongan menutup dahi iaitu messy juga sesuai untuk anda.

Cuma tidak digalakkan menyimpan rambut yang panjang, ini akan menampakkan wajah anda bertambah panjang.

  1. Berlian

Wajah yang mempunyai bahagian luas di tulang pipi, tetapi menirus di dahi dan rahang.

Jika wajah anda berbentuk ini anda seharusnya memilih potongan rambut yang dapat memberikan ilusi lebar.

Anda sesuai berambut panjang dan sangat sesuai bermisai atau berjanggut untuk seimbangkan bahagian wajah anda yang tirus.

Potongan menutup dahi, rambut seperti “spikey” atau terlalu pendek juga sesuai.

  1. Pir

style rambut lelaki

Bentuk wajah ini menirus dibahagian atas, tetapi melebar dibahagian bawah.

Rahang dan dagu kelihatan lebih membulat.

Wajah ini sepatutnya diseimbangkan dengan gaya rambut lebat dibahagian atas rambut dan sekitar pelipis.

  1. Petak (Empat Segi Sama)

Bentuk wajah ini paling lazim dalam kalangan kaum lelaki dan dikira paling versatile selepas bentuk bujur.

Jika anda memiliki wajah ini, anda boleh dianggap bertuah kerana dikira sangat maskulin.

Anda sesuai menggayakan hampir semua jenis potongan rambut termasuk kerinting.

Anda boleh membuat rambut jenis cacak, “spikey” atau flat dengan gaya “messy”.

Seeloknya lakukan potongan “clean cut” bahagian telinga. Selagi mana tidak menyembunyikan kejantanan wajah anda.

Namun elakkan juga menyimpan rambut melepasi dagu.

  1. Bujur

Wajah ini seperti bentuk telur dan tampak feminine tetapi masih sesuai digayakan dengan apa saja gaya rambut.

Anda sesuai untuk berambut panjang atau pendek. Ini kerana anda mempunyai garis rambut pada dahi anda.

Selain itu, potongan rambut bertingkat juga mampu menyuntik ciri maskulin.

  1. Bulat

Muka bentuk bulat adalah individu yang penuh dengan garis dahi dan garis dagu yang bulat serta nampak ketara pada pipi.

Menipiskan bahagian tepi dan belakang membuatkan anda lebih kemas.

Elakkan memilih potongan rambut yang membuatkan anda lebih bulat seperti kerinting dan bob.

Elakkan juga daripada memilih gaya rambut yang jenis menutup dahi.

  1. Tiga segi

Bentuk wajah ini amat tirus didagu, tetapi dengan kombinasi wajah berbentuk petak. 

Wajah ini agak sukar untuk digayakan banyak potongan rambut. 

Sebaiknya buat gaya jenis rambut rapat dengan kepala dan boleh biarkan bahagian belakang dibiarkan panjang dan lebat.

 

Potongan Famous 2022

  1. Cleaned Up Edge with Texture and Side Taper

famous haircut

Potongan rambut yang nipis di bahagian tepi rambut dan belakang kepala.

Ianya boleh dibuat dengan potongan sedikit rendah, sederhana atau tinggi untuk bahagian tepi dan belakang rambut.

Dibahagian belakang akan ternampak sedikit tirus.

  1. Classic Slick Back

famous haircut

Fesyen ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menampakkan aura professional sebagai lelaki yang maskulin.

Jangan lupa letakkan pomade supaya rambut kekal kemas di tempat asal.

  1. Brush Up

famous haircut

Ramai golongan lelaki menggayakan fesyen ini kerana kelihatan kemas dan rapi.

Nampak lebih teratur dan boleh menaikkan karisma seseorang lelaki itu.

  1. Quiff Haircut

famous haircut

Potongan ini antara salah satu jenis style rambut lelaki yang sangat fleksibel kerana mudah digayakan.

Ini merupakan potongan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan mudah dibentuk.

  1. Textured Quiff With High Fade

famous haircut

Ini kelihatan seperti Quiff jika diperhatikan di bahagian depan.

Percaya atau tidak, fesyen rambut lelaki seperti ini amatlah sesuai untuk golongan remaja.

Nipis di bahagian tepi dan agak tebal di bahagian atas.

Nak menggayakannya sangat mudah, boleh guna tangan sahaja.

  1. Modern Undercut Pompadour

famous haircut

Pompadour ini adalah jenis gaya rambut yang tinggi dan tebal di bahagian depan, seperti gunung.

Style rambut lelaki ini mengikut kesesuaian wajah seseorang.

Ada antara mereka gayakannya dengan sikat kearah belakang atau kanan dan kiri, yang penting rambut cukup panjang.

 

Takkan nak rambut je segak? Misai? Jambang? Kenalah jaga juga kan barulah bertambah macho.

Anda boleh cuba produk Beard Oil daripada Mistixmen untuk tampak lebih maskulin.

Selain minyak jambang, minyak wangi lelaki pun ada dijual.

Bau yang tahan lama, tidak memeningkan dan terasa padu. Cubalah sekarang! Confirm ramai tertawan.

Prinsip “Money Back Guaranteed” juga ditawarkan jika produk yang anda beli tidak berhasil dalam masa 3 bulan.

Bila cerita soal harga, usah bimbang sememangnya harga mampu milik sehingga menjadi produk pilihan pertama di Malaysia.

Oleh itu, jom dapatkan segera produk-produk dari Mistixmen!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart