perfume lelaki

5 Perfume Lelaki Malaysia Dengan Harga Yang Mampu Milik

Mencari perfume lelaki yang mempunyai harga yang mampu milik tetapi masih berkualiti tinggi merupakan perkara yang agak sukar di Malaysia.

Perkara ini terjadi kerana ramai peniaga menjual minyak wangi pada harga yang amat mahal tetapi kurang berkualiti.

Ini menyebabkan pembaziran wang dan ramai orang tidak lagi berminat terhadap minyak wangi yang mampu milik.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda kepentingan perfume serta beberapa cadangan perfume lelaki berkualiti yang mempunyai harga mampu milik.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Kepentingan Memakai Perfume Bagi Lelaki

kepentingan pakai perfume

Ramai lelaki tidak mementingkan bau badan mereka. Jadi, mereka beranggapan bahawa membeli perfume adalah suatu perkara yang penting.

Sebenarnya, tanggapan ini salah kerana terdapat banyak kelebihan jika mereka memakainya. Antara kelebihan tersebut akan diceritakan di bahagian artikel ini.

1. Bagus Untuk Kesihatan

Ini merupakan perkara yang tidak diketahui oleh ramai orang. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa memakai perfume boleh meningkatkan kesihatan anda!

Ini kerana bau yang dihasilkan oleh perfume tersebut boleh menaikkan mood anda dan orang sekeliling. Mengapa ia penting?

Ini boleh membantu anda untuk mengawal emosi dan mengurangkan risiko untuk anda menghadapi tekanan kerja atau tekanan lain.

2. Hasilkan Bau Yang Wangi

Sudah tentu bahawa mereka yang memakai wangian akan menghasilkan bau yang sangat wangi dan harum.

Ini akan memastikan bahawa badan anda tidak akan berbau busuk disebabkan oleh peluh atau kotoran lain. 

Orang di sekeliling anda juga akan lebih cenderung untuk mendekati anda kerana suka bau anda.

3. Menaikkan Daya Tarikan

Bagi lelaki yang mencari calon isteri, memakai perfume yang berkualiti tinggi sudah tentu akan membantu mereka dalam carian ini!

Ini kerana bau yang dihasilkan adalah antara perkara pertama yang akan disukai oleh kaum wanita apabila berjumpa dengan anda.

5 Perfume Lelaki Mampu Milik

perfume mampu milik

Di bahagian ini, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa perfume lelaki yang anda boleh dapat dengan harga yang sangat berpatutan.

  1. De’Xandra Clubman

Bagi mereka yang suka bau bunga atau buah-buahan, perfume lelaki daripada De’Xandra mungkin pilihan yang paling sesuai untuk anda.

Ini merupakan pilihan yang sangat bagus bagi lelaki muda kerana baunya yang kuat. Ia diperbuat daripada aroma bariton dan mempunyai bau gabungan bunga dan buah-buahan juga.

Gabungan tersebut merupakan bunga lavender dan juga buah limau dan limau purut.

  1. Paco Rabbane Paco

Perfume lelaki ini pula sangat sesuai bagi mereka yang suka bau fresh dan woody. Bau yang dihasilkan ini sesuai bagi lelaki yang kerja outdoor.

Ia mempunyai harga yang murah tetapi masih dapat menghasilkan bau yang wangi seperti perfume lelaki lain yang anda boleh dapat di tempat lain.

  1. DASHING EDT Speed

minyak wangi mampu milik

Perfume lelaki mampu milik yang seterusnya adalah dari Dashing. Ia merupakan perfume lelaki yang menghasilkan haruman maskulin yang memberi kesegaran berpanjangan.

Ia direka khas untuk mereka yang sering berpeluh di bawah cuaca yang panas. Ini membolehkan ia sangat sesuai untuk dipakai oleh lelaki di Malaysia yang cuacanya selalu panas.

Ia boleh bertahan dengan lama dan sangat berbaloi bagi mereka yang mencari perfume lelaki yang mampu milik.

  1. ADIDAS Dynamic Pulse for Men

Untuk pengetahuan anda, selain dari barang-barang sukan, ADIDAS juga mengeluarkan produk perfume lelaki yang dijual dengan harga yang sangat mampu milik.

Ia juga berkualiti dan boleh bertanding dengan perfume-perfume lelaki yang lain juga. Ia mempunyai wangian kuat, maskulin dan sesuai ik untuk digunakan sebagai wangian harian.

Ia juga sedikit berbeza dengan pilihan lain kerana minyak wangi ini juga sesuai untuk dipakai apabila anda ingin bermain sukan di luar.

Bagi lelaki yang aktif dan ingin mencari perfume lelaki yang berkualiti serta harga mampu milik, minyak wangi ADIDAS ini adalah pilihan yang baik.

  1. AVON Men Perfume – Wild Country Eau de Cologne Spray 

Cadangan kami yang seterusnya ialah perfume lelaki dari AVON. Ia mempunyai haruman maskulin dan sesuai bagi mereka yang aktif bersukan serta bagi mereka selalu di luar rumah.

Ia juga tahan lama dan sesuai dipakai oleh orang tua dan muda kerana baunya yang sangat wangi dan baik.

  1. MistixMen Perfume Light & Dark

minyak wangi mistixmen

Minyak wangi Mistixmen ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Dark dan Light. Jika anda gemarkan bau wangian yang maskulin, maka Dark merupakan pilihan yang terbaik.

Manakala, Light pula adalah untuk mereka yang gemar akan bau wangian yang lembut dan manis.

Minyak wangi Mistixmen diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, rempah-ratus, kayu, dan juga ekstrak bunga.

Jadi, bau minyak wangi ini amat segar dan menyenangkan buat si pemakai dan orang sekelilingnya. 

Selain itu, minyak wangi Mistixmen ini juga travel-friendly. Dengan isipadu 30ml, anda boleh memuatkan kedua-dua produk ini di dalam bag ketika bercuti.

Sangat convenient, kan?


Kesimpulannya, memakai perfume lelaki adalah sangat penting untuk kaum lelaki untuk memastikan mereka sentiasa segak pada setiap hari.

Untuk mengetahui jenis-jenis dan teknik penyemburan minyak wangi yang betul, anda boleh membaca artikel kami dengan menekan pautan di bawah. 

Minyak Wangi Tahan Lama: Di Mana Boleh Dapatkannya? 

Jadi, sudah jumpa pilihan minyak wangi yang bersesuaian untuk anda? 

Jika belum, anda boleh dapatkan minyak wangi daripada MistixMen pada harga RM100 untuk kedua-dua perfume; Dark & Light! 

Berbaloi, bukan? 

Klik pautan di bawah ini segera untuk mendapatkan perfume lelaki yang berkualiti dan berpatutan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart