gaya hidup sihat

Gaya Hidup Sihat Yang Anda Perlu Beringat Sekarang!

Kita sering mendengar dan membaca perkongsian tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat di kaca televisyen ataupun mana-mana platform media sosial.

Amalan gaya hidup sihat bukan hanya terbatas pada aktiviti senaman ataupun pengambilan makanan yang berkhasiat. 

Malah, penjagaan kebersihan dan penampilan diri yang kemas juga merupakan salah satu faktor yang penting sebagai first impression menandakan anda merupakan seseorang yang menjaga kesihatan dalaman dan luaran dengan baik.

Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

gaya hidup sihat

Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat.

Antaranya adalah dengan menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau riadah.

Juga jauhkan daripada tekanan emosi, penjagaan kebersihan kendiri, menghindarkan diri daripada aktiviti yang negatif yang boleh menjejaskan kesihatan dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

1. Menjaga Pemakanan Seharian

Antara kesilapan bila nak ubah gaya pemakanan sihat adalah mengikuti tips-tips diet yang melampau. 

Keghairahan menurunkan berat badan menggunakan dietary melampau memang mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Tetapi, diingatkan jalan pintas ini membawa padah. Seusai sahaja anda berhenti mengamalkannya berat badan anda mudah naik disebabkan badan ‘terkejut’ dengan proses drastik.

Oleh itu, lebih baik mengamalkan gaya pemakanan sihat. 

Gaya pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk dalam mulut anda bukan makan mengikut nafsu.

Antara cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah mengikuti pengambilan makanan seimbang berdasarkan piramid makanan.

Contoh paling dekat menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukusukuseparuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

2 perkara anda perlu ingat dalam pemakanan sihat adalah sedar dan kawal.

2. Melakukan Senaman atau Riadah

Cara seterusnya adalah dengan melazimi aktiviti senaman dan riadah dalam kehidupan. 

Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta rutin bersenam dan riadah secara konsisten, ianya sekaligus dapat membantu membakar kalori dan menurunkan berat badan secara sihat. 

Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah memadai dilakukan selama 20 hingga 30 minit sahaja.

3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan Emosi

Tekanan emosi adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kini sama ada datangnya daripada tempat kerja, tempat belajar ataupun berpunca daripada masalah rumah tangga. 

Individu yang mengalami tekanan emosi perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri.

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan emosi adalah:

  • Meminta pendapat atau pandangan kaunselor 
  • Berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan
  • Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan sebagai motivasi buat diri

4. Menghindarkan Diri Daripada Aktiviti Negatif

Antara aktiviti negatif seperti penagihan dadah, ketagihan arak, seks rambang dan menghisap rokok perlu dihindari jika anda sayangkan tubuh badan anda. 

Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Peminum arak juga boleh mendapat implikasi teruk kepada mental serta fizikal. 

Selain itu, dengan terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.

Hindarilah dan pelihara diri anda daripada terjerumus dalam sebarang aktiviti negatif jika mahukan kehidupan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan dan mental.

5. Penjagaan Kebersihan Kendiri

Tahukah anda, dengan menjaga kebersihan diri serta penampilan yang kemas juga merupakan salah satu faktor di mana seseorang individu dinilai sebagai orang yang mempunyai gaya hidup sihat.

Bayangkan sekiranya anda berpakaian lusuh dan kotor serta mempunyai bau badan yang tidak enak, bukankah ianya membuatkan masyarakat sekeliling tidak selesa mendekati anda lalu membuatkan anda sendiri merasa terasing?

  • Minyak wangi sebagai penyelamat bau badan

minyak wangi

Bagi kebanyakan orang, wangian adalah salah satu perkara yang paling penting sebagai simbol identiti diri. 

Sudah semestinya kita mahu dapatkan first impression yang bagus apabila berjumpa dengan ramai orang. 

Kalau anda nak tahu, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa memakai minyak wangi boleh meningkatkan kesihatan mental anda kerana bauan daripada perfume tersebut boleh menaikkan mood anda dan orang sekeliling.

  • Minyak Jambang (Beard Oil)

minyak jambang

Bagi lelaki yang mempunyai jambang atau sedang berjinak-jinak untuk menumbuhkan jambang, anda seharusnya memastikan kekemasan jambang agar tidak serabut. 

Penjagaan rapi jambang amat penting supaya jambang tumbuh dengan elok dan sihat. 

Dan yang baru saja berjinak menyimpan jambang, anda sangat memerlukan minyak ini kerana ianya boleh membantu jambang tumbuh dengan sekata dan cepat. 

Selain itu, minyak jambang keluaran MistixMen membantu melembabkan kulit wajah. Anda pun akan kelihatan extra macho kerana jambang anda tampil sihat dan berkilat!

4  Sebab Pentingnya Gaya Hidup Sihat

gaya hidup sihat

1. Mengawal Berat Badan

Secara amnya, berat badan berkait dengan tahap kesihatan seseorang. Berat badan normal mengikut pengiraan Body Mass Index (BMI) menandakan anda memiliki tubuh badan yang sihat.

Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada lebih banyak risiko kesihatan.

2. Memberikan Mood Yang Lebih Baik

Badan yang sihat sudah semestinya tidak menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti fizikal. 

Hormon endorfin akan dirembeskan semasa aktiviti fizikal dan akan membuatkan seseorang berasa gembira dan tenang.

Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambahkan keyakinan diri. 

Bersosial juga merupakan gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan bermakna.

3. Mencegah Penyakit

Pemakanan yang tidak dijaga dengan baik akan meningkatkan risiko penyakit-penyakit kronik termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun. Pemeriksaan kesihatan bukan sahaja tertumpu kepada golongan warga emas tetapi golongan muda juga. 

4. Panjang Umur

Ajal di tangan Tuhan. Dalam masa yang sama, Tuhan juga memerintahkan agar kita memelihara tubuh badan dan hidup dalam keadaan yang sihat.

Jika badan sihat dan tiada penyakit kronik yang serius, sudah pasti dari sudut sains, jangka hayat akan meningkat.

Gaya hidup yang sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit. 

Bukan sahaja tahap kesihatan meningkat, produktiviti, ekonomi dan kemakmuran negara juga turut berkembang. Jadi, anda kini sudah tahu akan kepentingan gaya hidup sihat.

Mulakan langkah hari ini. 

Untuk barangan penjagaan diri, anda boleh dapatkan di MistixMen. Dari minyak wangi, beard oil, t-shirt – anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan.

gaya hidup sihat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart