minyak wangi tahan lama

Minyak Wangi Tahan Lama: Di Mana Boleh Dapatkannya?

Jika diperhatikan gelagat pembeli di platform e-commerce atau website, mereka lebih tertarik kepada koleksi produk minyak wangi tahan lama.

Hal ini kerana produk ini boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Buat anda yang baru berjinak dengan pemakaian minyak wangi, kami akan berkongsi beberapa perkara penting yang anda perlu tahu.

Antaranya ialah jenis-jenis wangian, tips pemakaian minyak wangi tahan lama, dan juga bauan idaman para lelaki.

Jadi, teruskan membaca untuk mendapatkan info lebih lanjut.

Jenis-jenis Minyak Wangi

jenis minyak wangi

Selain daripada aksesori, minyak wangi juga merupakan sebuah keperluan bagi seseorang individu.

Ia membantu untuk meningkatkan keyakinan di samping mengekalkan bau yang wangi ketika berinteraksi bersama orang ramai.

Sebelum kami menerangkan jenis-jenis minyak wangi dengan lebih lanjut, anda perlu tahu perbezaan ini terletak pada concentration bau tersebut.

Antara jenis perfume ialah:

  • Perfume

Yang pertama ialah perfume. Ia memiliki kepekatan bau antara 15% hingga 40%. Kepekatan bau wangian yang tinggi ini tidak boleh dipakai terlalu banyak.

Hal ini akan menyebabkan si pemakai dan orang-orang di sekeliling berasa pening kepala.

Terdapat sesetengah individu akan berasa loya dan muntah apabila dia terbau wangian yang menusuk ini.

Kebiasaannya, perfume dijual pada harga yang tinggi. Ini disebabkan ia diperbuat daripada bahan-bahan terpilih untuk memastikan wangian ini kekal berpanjangan.

  • Eau de Perfume (EDP)

Seterusnya, Eau de Perfume atau lebih dikenali sebagai EDP memiliki kepekatan bau sebanyak 10% sehingga 20%.

Sama seperti perfume, anda tidak digalakkan untuk memakai perfume ini dalam kuantiti yang banyak. Bau EDP ini mampu bertahan sekurangnya selama 5 jam.

  •  Eau de Toilette (EDT)

Kepekatan bau Eau de Toilette (EDT) hanya 4% hingga 15%. Bau wangian yang minimal ini adalah disebabkan kandungan alkohol yang tidak tahan lama.

Disebabkan itu, si pemakai akan reapply EDT pada anggota tubuh yang tertentu agar bau tersebut kekal segar.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki EDT, ia boleh didapati di dalam bekas spray di mana-mana drugstore berhampiran.  

  •  Eau de Cologne (EDC)

Penggunaan Eau de Cologne (EDC) sering kelihatan dalam golongan anak-anak muda. Hal ini kerana kepekatan baunya adalah amat rendah iaitu 2% hingga 5% sahaja.

Lazimnya, anda boleh dapati bau EDC adalah sangat light. Baunya seolah pudar yang menyebabkan si pemakai perlu spray berulang kali. 

  •  Eau Fraiche (EF) 

Pasti tidak ramai yang mengenali minyak wangi jenis Eau Fraiche. Ini mungkin disebabkan kandungan alkoholnya yang amat rendah iaitu 1% hingga 2% sahaja.

Selain itu, EF juga memiliki kandungan air yang tinggi. Ini bermaksud penggunaan EF amat sesuai untuk individu yang memiliki kulit sensitif.

Tips Memakai Minyak Wangi Tahan Lama

Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan penggunaan minyak wangi?

Berikut ialah beberapa tips yang anda boleh ikuti:

  • Elakkan sembur minyak wangi berlebihan 

tips memakai minyak wangi

Salah satu kesalahan amatuer dalam pemakaian minyak wangi adalah menyembur secara kerap dan berlebihan.

Ini kerana bau yang berlebihan akan menyebabkan anda dan orang sekeliling berasa loya.

Selain itu, semburan minyak wangi secara berlebihan juga akan menyebabkan terhasilnya bau yang kepam pada permukaan anggota dan pakaian.

  • Elakkan gosok selepas sembur

Elakkan daripada membuat kesilapan dengan menggosok minyak minyak sesudah sembur pada anggota bernadi.

Ini akan menyebabkan bau produk tersebut semakin pudar dan tidak tahan lama. 

  • Memakai bersama hand lotion

tips minyak wangi tahan lama

Minyak wangi akan bertahan lebih lama jika anda memakai hand lotion terlebih dahulu. Caranya juga amat mudah.

Anda hanya perlu meratakan hand lotion tersebut dari tapak tangan sehingga bahagian lengan. Pastikan ia meresap sepenuhnya ke dalam anggota tubuh.

Selepas itu, baru lah anda sembur minyak wangi di beberapa anggota untuk mengekalkan bau minyak wangi yang segar itu.

  • Sembur minyak wangi pada bahagian nadi

tips pakai minyak wangi

Tahukah anda bahawa bau minyak wangi akan lebih menyerlah dan tahan lama pada bahagian bernadi?

Antara bahagian nadi ialah pergelangan tangan, di belakang cuping telinga, leher, siku dan belakang lutut.

Artikel Berkait

Bau Badan: Punca Harian dan Cara Menghilangkannya

Bauan Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Lelaki

bau yang sesuai untuk lelaki

Pemilihan minyak wangi yang sesuai boleh menjadi amat tricky. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sensitif terhadap bau wangian.

Disebabkan itu, anda perlu lebih berhati-hati ketika memilih minyak wangi untuk pasangan lelaki, ayah mahupun adik-beradik.

Jika anda ingin menghadiahi minyak wangi lelaki kepada golongan yang disebutkan, anda perlu membiasakan diri dengan bau familiar dalam kalangan lelaki.

Ini disebabkan minyak wangi lelaki dan wanita adalah jauh berbeza. Kebiasaannya, wanita lebih sukakan minyak wangi yang berbau lembut dan floral.

Manakala, minyak wangi lelaki lebih kepada bau yang natural seperti musk, campuran herba atau rempah-ratus (rosemary, kayu cendana dan sebagainya).

Berikut ialah senarai campuran bau yang amat familiar dalam minyak wangi lelaki:

  • Rempah-ratus/ herba: Sage, Rosemary, Lavender, Cinnamon, Pepper, Cardamom 
  • Tumbuhan/ bunga: Lili, Geranium, Melati, Rose, Patchouli, Rosewood, Sandalwood 
  • Buah-buahan: Bergamot, Lemon, Citrus

Kesimpulannya, pemilihan minyak wangi tahan lama adalah lebih berbaloi kerana ia boleh diguna untuk jangka masa yang panjang.

Jadi, sekiranya anda ingin menghadiahkan minyak wangi kepada pasangan atau ahli keluarga lelaki, anda boleh dapatkan minyak wangi Mistixmen!

perfume mistixmen

Minyak wangi Mistixmen ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Dark dan Light. Jika anda gemarkan bau wangian yang maskulin, maka Dark merupakan pilihan yang terbaik.

Manakala, Light pula adalah untuk mereka yang gemar akan bau wangian yang lembut dan manis.

Lebih menariknya, Mistixmen diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, rempah-ratus, kayu, dan juga ekstrak bunga.

Jadi, bau minyak wangi ini amat segar dan menyenangkan buat si pemakai dan orang sekelilingnya. Selain itu, ia juga mempunyai campuran metanol dan pati sebanyak 50%.

Ini bertujuan untuk mengekalkan bau bahan-bahan tersebut agar kekal segar dengan hanya satu semburan.

Minyak wangi Mistixmen ini juga travel-friendly. Dengan isipadu 30ml, anda boleh memuatkan kedua-dua produk ini di dalam bag ketika bercuti. Sangat convenient, kan?

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom dapatkan minyak wangi tahan lama dan segar daripada Mistixmen sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart