Anda tercari-cari minyak wangi perempuan yang wangi untuk bantu anda tampil lebih elegan dan berkeyakinan?
Atau inginkan minyak wangi yang akan menjadikan anda menjadi tumpuan ramai? Teruskan mengikuti artikel ini!
Tips Memilih Minyak Wangi
Mari teliti tips-tips memilih minyak wangi perempuan yang sesuai dengan diri anda.
Pilih wangian yang anda gemar
Perkara yang paling penting ketika memilih minyak wangi perempuan untuk dipakai sudah tentulah anda perlu suka akan baunya.
Elakkan daripada mudah terpengaruh dengan iklan-iklan menarik dan bungkusan botolnya yang cantik.
Setiap individu mempunyai minat dan tarikan yang berbeza. Jika kawan anda suka akan sesuatu jenis minyak wangi, tidak semestinya anda akan menyukainya juga.
Pastikan anda mengutamakan wangian yang anda suka dengan mengambil kira faktor lain seperti cuaca dan tempat yang dituju.
Pastikan minyak wangi tersebut sesuai dengan kulit anda
Tips ini mungkin nampak remeh namun sangat penting untuk memastikan kulit anda tidak akan mengalami sebarang alergi.
Sebelum membeli minyak wangi, anda digalakkan menyembur “teaser” pada kulit anda dan tunggu selama beberapa minit.
Sekiranya tiada alahan seperti kemerah-merahan dan gatal-gatal, anda boleh teruskan membeli minyak wangi tersebut.
Setiap minyak wangi mempunyai bahan kimia yang akan bertindak balas dengan kelembapan dan pH pada kulit.
Disebabkan setiap orang mempunyai kelembapan dan pH yang berbeza, tindak balas dan alergi juga akan berbeza.
Kadang-kala, minyak wangi tersebut juga akan menghasilkan bau yang berbeza untuk individu yang berbeza.
Contoh, jika wangian yang anda pakai berbau floral mungkin apabila dipakai oleh rakan anda ia akan berbau sedikit fruity.
Beri keutamaan kepada wangian yang sesuai dengan peribadi anda
Apakah peribadi anda?
Anda perlu memilih minyak wangi yang betul dan sesuai dengan personaliti anda.
Sebagai contoh, bagi wanita yang lemah lembut dan pemalu sangat sesuai dengan wangian bunga yang ringan.
Namun, bagi wanita yang bersifat dominan pula mungkin sesuai dengan bau yang “kuat”.
Remaja perempuan yang ceria dan aktif pula sangat sesuai dengan wangian floral dan fruity.
Kenali aroma-aroma minyak wangi yang terdapat di pasaran
Terdapat pelbagai aroma atau wangian minyak wangi yang dijual di pasaran sama ada minyak wangian mewah ataupun tidak.
Sebelum anda membuat pembelian, pastikan anda kenal dengan kepelbagaian wangiannya.
Antara aroma yang anda boleh dapatkan adalah:
- Aroma Floral
Aroma floral datangnya daripada bunga-bungaan dan kebiasaannya boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti bunga ros, melati, oren dan lavender.
Aroma ini lebih menghasilkan aura feminin kepada pemakai.
- Aroma Fresh
Aroma fresh selalunya diperbuat daripada sitrus seperti limau, oren atau bau air atau angin laut.
Aroma jenis ini adalah sangat menyegarkan.
- Aroma Fruity
Aroma fruity memberikan bau buah-buahan yang enak. Wangian jenis ini mungkin mempunyai sedikit rasa manis yang menyegarkan.
- Aroma Spicy
Aroma spicy memberikan bau-bauan rempah dan herba seperti kayu manis, bunga lawang dan rosemary.
- Aroma Sweet
Aroma sweet atau manis ini adalah sedikit berbeza daripada aroma fruity atau buah. Wangian jenis ini sangat sinonim dengan wangian manisan, gula-gula, karamel dan vanila.
- Aroma Woody
Aroma woody atau berkayu sangat sesuai untuk dekor rumah terutamanya bahagian luar rumah. Wangian ini mungkin mengandungi aroma seperti cendana, kayu oak dan ambar.
Minyak Wangi Top Pilihan Utama Wanita
Chanel Coco Mademoiselle
Coco Mademoiselle keluaran Chanel dengan wangian Amber Floral dan dirumus khas untuk kaum wanita dan merupakan pemenang anugerah Kempen Pengiklanan Negara Terbaik Anugerah FiFi / TV 2008.
Jenama Coco Mademoiselle ini dilancarkan pada tahun 2001 oleh Jacques Polge.
Antara top notes daripada wangian ini adalah Oren, Oren Mandarin, Bergamot dan Orange Blossom manakala middle notes pula adalah Turkish Rose, Jasmine Mimosa dan Nilam.
Percikan oren segar dan bersemangat serta-merta membangkitkan deria. Coco Mademoiselle memberikan aura seksi dan keyakinan yang anda perlukan untuk sentiasa kehadapan.
Ia juga menonjolkan gubahan moden dengan perwatakan yang kuat dan segar.
Lancome La Vie Est Belle for Women
“La vie est belle,” merupakan ungkapan Perancis yang bermaksud “hidup itu indah”.
Mesej yang ingin disampaikan oleh wangian Lancome La Vie Est Belle for Women ini adalah untuk memilih laluan anda sendiri demi kebahagiaan anda dan memberi inspirasi kepada orang lain.
Sisi Kewanitaan jelas dizahirkan melalui minyak wangi ini dengan nota wangian bunga iris pada musim bunga serta tanah nilam yang mempersonakan.
Ia diselang-seli bersama nota minyak wangi daripada manisan gula berputar dan hangat vanila.
Selain itu, Lancome La Vie Est Belle for Women juga memberikan haruman eksotik bunga-bungaan Arab seperti jasmine sambac dan orange blossom daripada Tunisia.
Yves Saint Laurent Eau de Parfum Black Opium
Yves Saint Laurent memberikan wangian feminin yang sangat mengasyikkan.
Ia kaya dengan aroma kopi dan vanilla, menzahirkan ciri-ciri moden, muda dan bersemangat.
Tambahan pula, minyak wangi ini juga merupakan pemenang anugerah Allure Best of Beauty 2015.
Jo Malone Peony & Blush Suede For Women
Peony & Blush Suede keluaran Jo Malone memberikan haruman bunga-bungaan khas untuk para wanita.
Peony & Blush Suede dilancarkan pada tahun 2013 oleh Christine Nagel.
Key notes bagi Jo Malone Peony & Blush Suede adalah epal merah, peony, jasmine, carnation, rose dan suede.
Dengan nama dan gaya yang sinonim dengan kemewahan, Jo Malone menjadi kegilaan ramai disebabkan oleh aroma British yang menggabungkan bahan-bahan yang sangat unik.
Victoria’s Secret Bombshell
Jika anda selalu ke pusat membeli-belah, anda pasti selalu nampak minyak wangi keluaran Victoria’s Secret ini.
Victoria’s Secret Bombshell ini mekar dengan haruman bunga khas Bombshell peony, menonjolkan lagi personaliti anda yang yakin dan berani.
Orkid vanila daripada Madagascar menambah lagi rasa manis yang berkrim mankala sunstruck pine daripada Itali memberikan kelainan aromatik yang tiada tandingannya.
Dolce & Gabbana Light Blue Eau Intense EDP For Women
Light Blue Eau Intense daripada Dolce & Gabbana memberikan pemakai wangian Floral Fruity.
Light Blue Eau Intense telah dilancarkan pada tahun 2017 oleh Olivier Cresp.
Key notes yang terdapat pada wangian ini adalah lemon epal, Granny Smith, Jasmine, Marigold, Musk dan Amberwood.
Light Blue Eau Intense mengurangkan keamatan sitrus dan meningkatkan nota bunga-bungaan.
Ia menonjolkan haruman buah lemon, epal Granny Smith yang mengasyikkan dengan inti bunga marigold dan melati, serta asas kayu ambar dan kasturi.
Mistixmen Light Perfume
Mistixmen Light Perfume memberikan wangian premium yang tahan selama 8-12 jam setiap semburan.
Dengan hanya sekitar RM62, botol 30ml boleh tahan untuk 2 bulan. Sangat menjimatkan berbanding minyak wangi lain.
Bukan itu sahaja, Mistixmen Light Perfume juga boleh dibawa solat tanpa perlu rasa was-was.
Baunya yang lembut membuatkannya sesuai untuk bagi mereka yang bekerja di office yang mempunyai penghawa dingin.
Wangian top notchnya adalah jasmine, neroli, lime, lemon, bergamot manakala middle notes adalah rosemary, coriander, nutmeg, rose, sea notes, jasmine, calone, peach, freesia, violet.
Bagi base notes pula adalah white musk, oak moss, patchouli, amber, dan cedar.
Selain minyak wangi perempuan Light Perfume, MistixMen juga mengeluarkan minyak wangi Dark Perfume untuk para lelaki.
Baunya sedikit keras berbanding Light Perfume dan sesuai dipakai untuk aktiviti luar dan ketika bersukan.
Aroma Woody Spicy ini mempunyai top notes daripada grapefruit mint, blood mandarin manakala middle notes pula adalah rose, cinnamon, spicy notes.
Base notesnya pula adalah woody notes, indian patchouli, leather, dan amber.
MistixMen merupakan jenama keluaran bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2017.
Kami berdedikasi untuk menghasilkan minyak wangi berkualiti tinggi dengan harga mampu milik terutama sekali buat para lelaki.
Antara produk MistixMen yang anda boleh dapatkan adalah:
Untuk memastikan semua pelanggan berpuas hati, kami menawarkan prinsip “Money Back Guaranteed” jika produk yang anda beli tidak berhasil dalam masa 3 bulan.
Oleh itu jangan risau, dapatkan minyak wangi MistixMen segera!