pocket perfume

4 Kelebihan Pocket Perfume Ketika Travel

Traveling ni ialah salah satu cara kita untuk meneroka tempat-tempat dan budaya-budaya baharu. Tetapi, apa yang leceh apabila anda perlu decide barang-barang yang perlu anda bawa ketika traveling apa lagi terlupa untuk membawa pocket perfume.

Semestinya semasa traveling anda perlu downsize barang-barang anda untuk dimuatkan ke dalam luggage, nak-nak perfume yang anda selalu guna.

Sebab itulah perfume bersaiz mini itu wujud. Ia sangat sesuai dibawa ketika travel kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa. Walaupun kecil, tetapi baunya masih sama setanding botol besar.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kenapa anda perlu memilih pocket perfume dan kesalahan yang selalu anda buat ketika memilihnya.   

Teruskan membaca!


4 Kelebihan Pocket Perfume


pocket perfume

Tidak kira di mana anda berada, perfume ialah satu aksesori yang anda must-have sebagai traveler untuk kekal segar dan berbau wangi sepanjang masa.

  • Mudah Dibawa Ke Mana-Mana Sahaja

Sebab utama pocket perfume ini dihasilkan adalah untuk memudahkan penggunanya membawanya ke mana-mana sahaja.

Anda boleh letakkan di mana-mana celah sekalipun, seperti di dalam beg tangan, clutch bags, poket seluar atau beg mahupun di dalam kereta.

  • Guna Pada Bila-Bila Masa

Dengan saiznya yang kecil, boleh lah anda menggunakannya bila-bila anda perlu mengunnakannya.

Selain itu, tiada siapa yang akan perasan semasa anda mengeluarkannya dan menyemburnya kerana saiz kecilnya.

Taklah anda berasa malu untuk add-on perfume di tempat umum.

  • Datang Dengan Pelbagai Jenis Bau

Apabila bercakap mengenai minyak wangi mini, perfume ini juga sebenarnya hadir dalam pelbagai jenis bauan sama seperti perfume saiz normal. 

Sememangnya perfume top-selling antarabangsa selalunya berharga mahal dan tidak semua mampu membelinya. 

Dengan kehadiran perfume bersaiz poket ini, dapatlah anda menikmati memakai pelbagai jenis bauan setiap hari, nak lagi membawanya semasa travel.

  • Travel-approved

Mereka yang gemar travel semestinya faham tentang masalah yang timbul kerana tidak semua perfume boleh dibawa atau masalah yang dihadapi jika membawanya.

Dengan perfume bersaiz kecil ini, boleh lah anda memakai wangian yang anda suka ketika travel

Tambahan pula, pocket perfume ini mempunyai kuantiti cecair yang sikit yang dibenarkan oleh ke semua syarikat penerbangan. 

Ia juga didatangi dengan bekas plastik yang kukuh. Oleh itu, ianya tidak akan senang tumpah dan selamat diletakkan dalam luggage anda.


5 Kesalahan Pakai Pocket Perfume 

Walaupun pemakaiannya memudahkan si pemakai, tapi jangan pandang enteng dengan pemakaian dan penjagaan pocket perfume.

  • Sembur Di Kulit Basah

Kesalahan pertama yang ramai masih buat ialah memakai perfume selepas mandi ketika kulit sedang basah. 

Sebelum memakai pocket perfume, anda perlu tunggu badan anda kering terlebih dahulu. Jika anda menyembur ketika itu, kemungkinan bau akan tidak tahan lama.

Jadi, tunggu sebentar agar kulit merembeskan minyak semulajadi dari dalam tubuh sebagai layer pertama sebelum memakainya.

Selepas itu, barulah anda pakai bauan favorite anda. 

  • Pakai Lebih Dari Satu Perfume Pada Satu Masa

Buat pengetahuan anda, setiap pocket perfume mempunyai keharmonian baunya yang tersendiri. 

Sekiranya anda menggunakan lebih dari satu wangian dalam satu masa, sudah tentu keharmonian bau akan hilang.

Besar kemungkinan baunya akan membuatkan anda mual atau pening. Oleh itu, digalakkan untuk hanya memakai satu bauan pada satu-satu masa sahaja.

  • Pakai Di Tempat Yang Salah

Pocket perfume berkesan pada kulit yang berhaba ‘panas’, iaitu mempunyai peraliran darah yang baik.

Jika anda memakainya di kulit yang berhaba ‘sejuk’, baunya tidak akan bau kuat dan tidak tahan lama.

  • Menggosok Perfume Selepas Pakai

Selepas menyembur bauan, jangan anda sesekali menggosok di tempat itu dengan bahagian kulit yang lain.

Sebagai contoh, anda menggosok kedua-dua pergelangan tangan selepas memakai perfume

Perbuatan ini akan menyebabkan molekul terkandung di dalamnya akan pecah. Oleh sebab itu, baunya akan tidak tahan lama.

  • Letak Perfume Di Tempat Yang Salah

Kesalahan yang paling selalu dibuat adalah meletakkannya di tempat yang salah seperti di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.

Suhu panas menyebabkan pocket perfume anda tidak dapat menghasilkan bau yang maksimum.

Tidak lupa juga pada suhu yang terlalu rendah. Pastikan suhu bilik berada dalam keadaan yang tidak terlalu sejuk dan terlalu panas.


Pocket Perfume Mistixmen Terbaik Untuk Travel

pocket perfume

Terbaru! Mistixmen telah mengeluarkan siri pocket perfume, iaitu Mistixmen Pocket Perfume Dark & Light. 

Dark & Light sangat berbeza dari segi jenis baunya. Untuk edisi Dark, ia didatangkan dengan bauan Woody Spicy, sesuai untuk yang mahukan badan berbau maskulin dan tegap.

Manakala, edisi Light mempunyai bau yang lembut dan manis. Mistixmen Pocket Perfume Light sesuai dipakai indoor untuk berasa fresh sepanjang hari dalam bili berhawa dingin.

Pocket perfume dari Mistixmen ini sangatlah sesuai untuk yang suka travel, dengan saiz sekecil 18 ml, anda boleh sembur sehingga 250 semburan tau!

Sangatlah convenient dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Kesimpulannya, pocket perfume ini ialah satu jenis perfume yang semua orang perlu ada. Sudah lah mudah dibawa ke mana-mana, malah anda boleh pakai bila-bila anda suka!

Di mana nak dapatkannya? Mestilah di Mistixmen! Dapatkan pakej kombo dengan harga serendah RM50.00 dengan klik pautan di bawah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart