Bisnes online

Bisnes Online: Jangan Sangka Ia Mudah Ya

Sudah menjadi lumrah hidup setiap perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran dihadapi. Ini tidak terkecuali dalam perniagaan seperti bisnes online. 

Ia juga merujuk sebagai bisnes atas talian seperti media sosial di Instagram, Facebook ataupun website sendiri. 

Selepas melihat ramai peniaga berjaya dengan perniagaan Internet mereka, pasti anda juga terdetik mahukan kejayaan yang sebegitu, kan? 

Boleh, asalkan anda bersedia untuk menghadapi cabaran ketika berbisnes. 

Sudah bersedia untuk tahu cabaran bisnes online? Jom teruskan membaca. 

 

4 Cabaran Ketika Bisnes Online 

Pada bahagian ini kami akan kongsikan 4 cabaran utama yang anda perlu tahu ketika mendirikan bisnes online. 

Antara cabaran tersebut ialah: 

  •  Kesukaran memasarkan produk 

Jika anda membuat bisnes online, memasarkan produk anda adalah sangat sangat sangat penting. 

Mengapa? 

Hal ini kerana anda tidak mempunyai kedai fizikal. Maka, anda harus berusaha sehabis baik agar “kedai” online anda dapat reach kepada pelanggan yang berpotensi.

Mesti anda fikir hanya dengan upload gambar produk dan posting di media sosial sudah mencukupi, kan? 

Sebenarnya, tidak. 

Jika anda berbuat demikian, itu tidak mencukupi, lebih-lebih lagi apabila anda kurang mendalami ilmu pemasaran dan kesempitan waktu. 

Tanpa teknik dan ilmu pemasaran yang betul, bisnes online anda boleh jadi kucar-kacir. 

Masalah ini turut akan “menyumbang” masalah kepada orang lain, terutama sekali bisnes yang membuat sistem ejen.

Hasil daripada teknik pemasaran sebegini akan memberi efek yang sebaliknya, iaitu, orang ramai tidak mengenali produk anda. 

Oleh itu, ilmu dan teknik pemasaran sangat penting untuk membezakan perniagaan anda daripada pesaing yang lain. 

Ini juga akan jadi sebab utama atau lonjakan, pelanggan membeli daripada anda, dan bukan pesaing. 

Nasihat kami adalah anda harus menyiapkan schedule posting dan pastikan ia tidak tertumpu hanya pada pemasaran semata-mata.

 

Anda juga boleh fokus pada info tambahan, produk shooting, video feedback dan sebagainya.

Untuk itu, pastikan anda sudah menyediakan schedule posting di akaun media sosial bisnes agar anda tidak terasa beban untuk membuat ini setiap hari. 

  •  Menguruskan kewangan

Ini cabaran yang sangat normal, lebih-lebih lagi buat peniaga yang menggunakan akaun peribadi sebagai akaun urusan dengan pelanggan. 

Apabila duit bisnes sudah bercampur dengan wang peribadi, pasti ada sahaja masa terpakai, hilang jejak dan sebagainya. 

Memang berbisnes untuk mendapatkan hasil dan untung tetapi harus juga pertimbangkan bahawa kebanyakkan bisnes perlu menggunakan duit keuntungan untuk pusing modal. 

Sebaiknya asingkan akaun jualan dan akaun peribadi anda. Jangan lupa untuk rekod semua jualan dan stok yang keluar daripada bisnes anda. 

Artikel Berkaitan

7 Idea Bisnes Yang Boleh Anda Cuba

  •  Meraih kepercayaan daripada pelanggan

Bukan mudah untuk meraih kepercayaan pelanggan apabila kita membuat bisnes online.

Salah satu punca utamanya adalah terjadinya kes penipuan atau scam secara atas talian. Jadi, tidak hairanlah jika pelanggan jadi berhati-hati ketika membeli beli-belah.

Oleh itu, sebagai seorang peniaga, anda perlu memikirkan cara untuk mengatasi cabaran ini. Jadi, bagaimana anda boleh mengatasi cabaran ini? 

Cara yang pertama adalah dengan meletakkan diri anda di perspektif pelanggan. 

“Kalau saya jadi pelanggan, apa perkara yang convincing dan membuatkan saya nak beli produk di Internet?” 

Pasti ada antara anda yang pertimbangkan ciri-ciri bisnes online di bawah ini: 

  • Gambar produk yang jelas.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan dengan info yang tepat dan menyeluruh.
  • Meletakkan harga pada gambar atau caption produk/perkhidmatan yang dilakukan. 
  • Meletakkan nombor agent yang sah dan pengesahan perniagaan.
  • Seeloknya, munculkan diri atau pekerja anda di dalam posting
  • Bagi penghasilan video pula, pastikan ia pendek, menyediakan info yang lengkap dan interaktif. 
  •  Melayan Kerenah Pelanggan

Cabaran yang terakhir ini memang sangat common bagi pelbagai jenis perniagaan, sama ada online mahupun fizikal. 

Sememangnya kerenah pelanggan bukanlah sesuatu yang boleh di-control. Tetapi, buat pelanggan yang bersifat kasar, anda boleh membuat laporan sebagai perlindungan kendiri. 

Sebagai peniaga bisnes online, anda mesti sudah terbiasa dengar masalah proses penghantaran barang. 

Walaupun bukan salah peniaga, sebaliknya delay daripada pihak penghantaran, masih ada pelanggan yang menyalahkan peniaga dan meminta refund.

Anda boleh membuat notice pada caption produk agar pelanggan boleh membuat pilihan untuk membeli atau tidak. 

Dengan ini, anda juga boleh “pertahankan diri” sekiranya ada pelanggan yang menyerang anda apabila terjadinya situasi ini. 

Meskipun mendirikan bisnes online ini mempunyai pelbagai cabaran, ini bukanlah petanda anda tidak patut cuba. 

Lagi-lagi apabila anda sememangnya meminati dan tahu selok-belok dunia perniagaan. 

Anda ingin tahu apa contoh barang-barang yang boleh dijual secara online? 

Jom, baca artikel ini pula! Setidaknya, anda boleh cuba improvise perkhidmatan dan produk yang sudah

sedia-ada di pasaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart