Hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki Buatan Sendiri

Sambutan hari jadi bukanlah perkara yang pelik untuk diraikan. Apatah lagi generasi muda sekarang lebih kreatif dalam menyambut hari jadi orang yang disayangi. 

Lelaki yang lebih dominan untuk mempamerkan imej kuat dan ‘macho’ juga boleh menitiskan air mata gembira bila menerima hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri daripada yang tersayang. 

Barangan yang ‘ready made‘ seperti jam, bag atau kasut adalah lebih mudah disediakan untuk dijadikan sebagai hadiah.

Namun, hadiah buatan sendirilah yang paling istimewa. 

Walaupun, sedikit renyah dan memerlukan effort yang lebih namun, ianya berbaloi dengan menjadikan hadiah tersebut unik dan amat istimewa.

Memang tidak dinafikan hadiah yang ready made adalah lebih mudah didapati. 

Hanya perlu sediakan wangnya sahaja. Barang ready made adalah barangan yang dibuat di kilang dan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. 

Berbagai jenis barangan dan jenama boleh dibeli bagi menghargai orang yang tersayang. 

Sebagai contoh,  kasut, jam tangan, ‘pouch bag‘ untuk lelaki mudah didapati di pasaran kerana ianya ‘ready made‘. 

Namun hadiah buatan sendiri seakan lebih bermakna apabila si pemberi menghasilkan sesuatu dengan usaha dan kreativiti sendiri. 

Dengan itu, hadiah yang dibuat sendiri adalah ‘limited edition‘ kerana dari ilham tersendiri si pemberi. 

 Idea hadiah DIY hari jadi lelaki

  • Kotak Kesayangan

Coklat

Hadiah yang terdapat dalam kotak kesayangan ini tidak terhad kepada 1 item sahaja dalam 1 kotak. Ianya lebih menarik kerana lebih banyak hadiah yang boleh diguna pakai oleh si penerima. 

Sebagai contoh, dalam kotak tersebut boleh dipenuhkan dengan pelbagai jenis coklat jika si penerima seorang yang gemar makan manis. 

Namun idea kotak kesayangan boleh juga diubahsuai diisi dengan ubat – ubatan. Sesuai untuk yang tersayang sekiranya terluka atau sakit kepala. Ada ‘Safety kit‘ yang dihasilkan khas untuk si penerima. 

Selain daripada set coklat dan ubatan, set barangan peribadi juga boleh dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki.

Sebagai contoh, dalam set barangan peribadi tersebut boleh letak jam, topi, sweater atau minyak wangi. Lebih sweet lagi sekiranya jam, topi atau sweater tersebut sedondon dengan pasangan.

 

  •  Frame & Gambar 

Hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri

Idea Menyusun gambar di frame boleh menjadi hadiah yang ‘aesthetic’ jika kena dengan gaya susun atur gambar dan hiasanya.

Anda boleh menyusun gambar first meet hingga yang terkini atau detik-detik indah bersama untuk menampakkan keistimewaan frame gambar tersebut.

Dengan kos yang murah, anda boleh memberikan hadiah yang sangat bermakna kepada mereka. ini dapat mengeratkan lagi hubungan dengan lebih mesra.

Secara tak langsung akan membuatkan si penerima lebih menghargai masa untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama. 

 3. Love Notes 

Love notes

Love notes ini boleh menceriakan hari-hari suram yang tersayang. Idea hadiah ini dilakukan dengan menulis seberapa banyak yang boleh nota kecil.

Selalunya, love notes ini ditulis dan penerima membuka satu persatu mengikut keperluan ketika dia merasa sedih. Asingkan kepada beberapa warna mengikut mood penerima.

Sebagai contoh, surat dengan nota kecil yang berwarna biru boleh dibaca apabila si penerima berada didalam keadaan sedih, warna merah boleh dibaca ketika kecewa, warna hijau ketika gembira dan sebagainya. 

Biar pun tiada orang disampingnya, namun mereka akan tetap merasakan kasih dan ingatan si pemberi. Hadiah ini sangat untuk kaum lelaki.

Lelaki jarang meluahkan isi hati mereka, jadi dengan hadiah sebegini mereka dapat mengurangkan rasa negatif dengan membaca nota-nota kecil ini.

Love notes ini sebagai tanda pemberi sebenarnya ada menemani penerima di mana jua berada. Menyentuhkan hati dan comel je hadiah ni!

 Kelebihan Hadiah Buatan Sendiri

 

  •  Limited Edition 

Hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri

Hadiah yang dibuat sendiri tidak sama dengan yang dijual di pasaran.

Barangan yang dibuat sendiri adalah lebih unik kerana dihasilkan sendiri oleh si pemberi hadiah menggunakan kreativiti dan pengalaman sendiri untuk menghasilkannya.

Serta hasilnya takkan sama dengan yang dijual di luar sana. Itu membuatkan hadiah yang di buat sendiri adalah ‘Limited Edition‘ kerana tak dapat diganti lain. 

 

  • Murah & Mudah

     

Hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri
Memang banyak kerja atau langkahnya untuk menghasilkan hadiah buatan sendiri, namun ianya tidaklah rumit dan mampu untuk dilakukan.

Pelbagai video tutorial untuk menghasilkan hadiah buatan sendiri yang terdapat di internet. Bahan yang diperlukan juga adalah bahan yang mudah didapati dengan harga yang murah. 

 

  • Sentimental Value yang Tinggi  

Hadiah yang dibuat sendiri adalah lebih bermakna kerana si pemberi meluangkan masa untuk menghasilkan hadiah itu sendiri.

Ianya takkan sama dengan mana mana hadiah lain kerana hadiah yang dibuat sendiri mempunyai nilai sentimental value yang tinggi terhadap penerima. 

 Hadiah Yang Boleh Dimakan

  •  Kek & Cupcake

     

Hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri
Sekiranya tidak tahu barang kesukaan si lelaki, lebih baik berikan hadiah yang boleh dimakan. 

Daripada beli kek di kedai, kek atau cupcake adalah lebih menarik dibuat sendiri. Pelbagai corak boleh diletakkan pada kek dan cupcake tersebut. 

And juga boleh decorate mengikut kesukaan si lelaki seperti bola, watak karakter fiksyen dan lain-lain.

 

  •  Cookies 

Selain kek dan cupcake, cookies juga sesuai dijadikan hadiah untuk si lelaki. Ini kerana ianya tahan lama dan boleh disesuaikan dengan perisa dan citarasa si penerima. 

Cookies juga boleh diisi dalam pelbagai jenis bekas yang comel dan boleh juga dicorakkan bekasnya menjadi lebih menarik dan sesuai dijadikan hadiah hari jadi untuk si lelaki.

 Kesimpulan

Hadiah hari jadi untuk lelaki buatan sendiri tetap berharga. Pemberian hadiah sebagai tanda ingatan dan penghargaan. 

Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlukan tanda ingatan dari yang tersayang walau tampak kuat dan gagah luarannya. 

Dengan pemberian hadiah, anda dapat mengeratkan lagi hubungan.

Kalau anda masih pening hendak beli hadiah apa untuk si lelaki, jangan risau. Mistixmen ada menyediakan produk khas untuk kaum lelaki.

Dengan harga yang berpatutan, anda dapat memberikan hadiah berkualiti tinggi kepada yang tersayang. 

Dari minyak wangi, t-shirt dan beard oil – anda boleh dapatkan di sini.

Anda berminat?

Layari Instagram dan Website Mistixmen dengan hanya klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart