hadiah birthday untuk ibu

Hadiah Birthday Untuk Ibu, Confirm Suka Punya!

Menggembirakan hati kedua ibu bapa adalah tanggungjawab setiap anak terutamanya di usia emas mereka. Pemberian hadiah adalah salah satu cara untuk menzahirkan penghargaan kepada mereka. 

Tidak perlu menunggu hari-hari tertentu, anda boleh sahaja memberikan hadiah birthday untuk ibu dan ayah pada bila-bila masa.

Untuk ibu khususnya, terdapat banyak hadiah birthday untuk ibu yang sesuai untuk diberikan dan sudah pasti ibu akan menyukainya. Jom lihat 13 cadangan hadiah buat ibu tersayang.

13 Cadangan Hadiah Kesukaan Ibu

1. Telekung Siti Khadijah

hadiah birthday untuk ibu

Kalau anda perasan, kaum ibu sangat meminati telekung dari Siti Khadijah.

Selain daripada publisiti dan populariti yang diraih atas cara marketing yang menarik, kualiti kain telekungnya juga tiada tandingnya.

Kain material yang berkualiti sudah tentu menambat hati para ibu yang sangat teliti dalam pemilihan kain telekung.

Beli jiwa mereka dengan hadiahkan telekung. Anda juga boleh mendapatkan saham akhirat kelak setiap kali mereka gunakannya untuk solat.

2. Rantai atau Cincin Emas

cincin emas

Perhiasan emas semestinya tidak asing buat kaum wanita tidak mengira peringkat umur. 

Hadiahkan rantai atau cincin emas buat ibu sebagai tanda penghargaan atas segala penat lelah ibu menjaga dan membesarkan anda. Namun, sebenarnya segala jasa mereka tidak ternilai harganya.

3. Set Pakaian

set pakaian

Belikan set pakaian untuk ibu anda. Set pakaian yang lengkap seperti baju kurung, jubah, blouse, kasut pastinya membuatkan mereka tersenyum. 

Sesuai dengan usia mereka yang lebih ingin tampil simple dan memudahkan mereka, set pakaian adalah pilihan hadiah terbaik untuk mereka.

Sekurang-kurangnya ada lagi orang yang shopping untuk mereka apatah lagi pakaian yang cantik. Pasti ibu anda suka.

4. Beg tangan

beg tangan

Hadiahkan ibu anda dengan barang yang boleh digunakan pada bila-bila masa, contohnya beg tangan. Beg tangan juga menjadi salah satu barang kegemaran para ibu. 

Untuk para ibu, lebih sesuai membeli beg tangan sederhana besar kerana mereka meminati beg tangan yang memudahkan mereka membawa barangan.

5. Hamper Makanan

hamper makanan

Zaman kini, ramai peniaga yang memberikan servis surprise bouquet untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang. 

Anda boleh request barang apa yang ingin dijadikan sebagai gubahan samada berisi coklat, buah-buahan, duit ataupun apa-apa barang yang sesuai.

6. Pokok Artificial Hiasan Rumah

pokok artifical

Artificial tree atau pokok hiasan rumah ini sangat sesuai dihias di sudut-sudut rumah. Ibu pasti gembira menerima hadiah pokok yang cantik ini. 

Terdapat pelbagai jenis pokok hiasan seperti palm tree, skybird, banana dan lain-lain lagi. Pilih sahaja mana satu yang ibu suka.

7. Mesin Urut Badan dan Kaki

mesin urut

Di usia emas ini, sudah pasti ibu mengalami sakit-sakit dan lenguh di bahagian badan. Sakit sana, sakit sini. Sudah tentu kita susah hati mendengar keluhan mereka.

Jadi, bolehlah anda hadiahkan ibu anda mesin urut kaki atau badan mengikut bajet anda. 

8. Periuk Serbaguna

periuk serbaguna

Selain daripada koleksi bekas Tupperware, para ibu sangat menggilai periuk serbaguna. Tak percaya, cuba tanya ibu anda.

Tampilan variasi warna dan juga manfaat penggunaan periuk serbaguna merupakan faktor ia diminati para ibu di luar sana.

Periuk serbaguna ini sering dijual dalam bentuk set, jadi bolehlah anda beli periuk serbaguna pelbagai saiz dalam satu set.

9. Bawa Ibu ke Spa

hadiah birthday untuk ibu

Selain hadiah fizikal, anda boleh membawa mereka ke pusat spa berhampiran anda. 

Setelah seharian melakukan kerja rumah, apa salahnya sekali sekala merawat badan untuk melegakan kepenatan. Sebagai anak, anda mesti mahu ibu anda mendapat layanan yang sepatutnya.

Di spa, anda boleh hadiahkan rawatan rambut, rawatan muka dan lain-lain lagi.

10. Al-Quran Digital

al-quran

Hadiah yang ramai tak terfikir untuk diberikan kepada ibu adalah set Al-Quran Digital. Mereka boleh mengaji dan belajar Al-Quran. 

Amat mengujakan kerana Al-Quran digital mengandungi bacaan yang lengkap serta panduan untuk memudahkan pembelajaran Al-Quran.

11. Minyak Wangi

minyak wangi

Hadiahkan ibu anda dengan set minyak wangi yang pasti disukai oleh ibu. 

Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan ibu anda. Di MistixMen juga mengeluarkan perfume yang memiliki bau yang menarik. Cubalah!

12. Alat Senaman Di Rumah

hadiah birthday untuk ibu

Alat senaman di rumah juga merupakan barang yang menjadi keperluan buat ibu. Ia bagus untuk kesihatan kerana dapat bersenam tanpa perlu keluar ke mana-mana. 

Pelbagai jenis model dan harga alat senaman yang boleh anda dapati. Jika mahu murah dan berkualiti, anda boleh dapatkan di Shopee sahaja.

13. Umrah dan Haji

hadiah birthday untuk ibu

Akhir sekali, bagi yang berkemampuan, anda boleh sponsor ibu untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. 

Ini adalah pelaburan saham akhirat yang paling untung kerana menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah adalah impian setiap ibu bapa.

Kesimpulannya, hadiah untuk para ibu tidaklah hanya terletak pada harga sahaja. Bahkan terletak pada nilai penghargaan yang kita ada terhadap ibu.

Hadiah di dalam list ini boleh dibeli mengikut bajet anda. Kalau cari yang paling murah dalam list ini – semestinya minyak wangi!

Di MistixMen pun ada jual minyak wangi. Untuk para ibu, anda boleh memilih MistixMen Perfume Light. Bau yang tidak terlalu kuat, sesuai untuk wanita.

Jika berminat dengan produk-produk seperti minyak wangi, datanglah ke website kami dengan klik di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart