Dapatkan Hadiah Birthday Untuk Ayah Di Mistixmen

Selain daripada soalan “nak makan mana?”, ada lagi soalan lain yang jauh lebih mencabar iaitu ketika mencari hadiah birthday untuk seorang ayah. 

Eh kenapa susah pula?

Hal ini kerana, lelaki yang sudah mencecah umur kebapaan rata-ratanya sudah pasti memiliki hampir semua barang. 

Sekurang-kurangnya lelaki yang berada dalam kalangan umur sebaya, pasti kita tahu minat dan boleh didapati dengan harga mampu milik. 

Tetapi untuk ayah, ia lebih susah kerana mereka sudah ada hampir kesemuanya. 

Jangan risau! Kami akan kongsikan cadangan hadiah birthday yang menarik untuk ayah anda. 

Apa beza saranan kami daripada di luar sana? Jeng jeng jeng, ini adalah kami akan kongsikan hadiah yang awesome dari Mistixmen! 

Mistixmen adalah satu jenama yang ditubuhkan pada tahun 2017. Dengan slogan, Dulu Hensem Sekarang Osem, mereka menyediakan produk-produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik buat kaum lelaki. 

Nak tahu apa barangan Mistixmen yang harus anda dapatkan buat kawan lelaki, teman lelaki, tunang, suami, ayah ataupun ayah mentua?

 

  1. Minyak Jambang 

Lelaki ni dalam diam ada je cita-cita nak simpan jambang. Tetapi sama ada takut kelihatan tidak kemas atau kekok untuk menjalani fasa ‘ada tapi tak ada’. 

Jom tolong mereka capai cita-cita ni dengan minyak jambang Mistixmen. 

Betul ke berkesan? 

Minyak jambang Mistixmen diformulasi dengan bahan-bahan yang boleh membantu mencepatkan proses anda mempunyai jambang. Walaupun jika bukan dari keturunan berjambang! 

Macam mana nak guna? Senang je! 

  1. Bersihkan muka dan leher. Pastikan anda sudah lap sehingga kering sebelum anda titiskan Mistixmen beard growth di bahagian jambang. 
  2. Kemudian sapu dan ratakan menggunakan jari. 

Bila waktu yang sesuai nak pakai? Dua kali sehari! Selepas mandi waktu pagi dan malam. 

Proses perjalanan menumbuhkan jambang tidak sama untuk setiap pengguna. Maklumlah, DNA masing-masing berlainan. 

Namun, dengan pemakaian secara konsisten dua kali sehari, kami pasti semua kaum lelaki pasti akan dapat memiliki jambang idaman mereka!

 

  1. Perfume 

Bukan perempuan sahaja yang suka berbau wangi tau! Lelaki juga. Minyak wangi atau perfume juga adalah satu keperluan kaum lelaki lebih-lebih lagi apabila keluar bekerja atau dating. 

Bukan sahaja penampilan harus dijaga tetapi harus juga pastikan badan tidak berbau! 

Tapi risau satu je bila beli minyak wangi sebagai hadiah, takut tak suka dan tidak berkenan. Apa pula bila beli mahal tetapi baunya tak tahan lama. Tak berbaloi dengan harga. 

Tetapi dengan Mistixmen, tak perlu risau dengan dua masalah ini. Kenapa? 

Satu, kerana bau perfume Mistixmen ini dah diuji oleh banyak para lelaki di Malaysia ini. Mereka pun dan terima banyak review dan feedback yang mengatakan bau memang ngam. Bak kata bau lelaki malaya begitu. 

Tahan lama tak? Ini tak payah cakap la, sembur siang bau sampai ke malam.  Kualiti bagus dan harga pun cukup berpatutan pula itu. Berbaloi!

Artikel Berkaitan

5 Perfume Lelaki Malaysia Dengan Harga Yang Mampu Milik

 

  1. Baju T-shirt

Selain itu, baju T-shirt juga merupakan satu idea yang bagus untuk dijadikan hadiah buat kaum lelaki ataupun ayah. Kerana ianya merupakan salah satu keperluan harian. 

Lebih-lebih lagi T-shirt putih seperti yang dikeluarkan oleh Mistixmen. Kelihatan simple sahaja namun itu merupakan salah satu ‘essential’ item dalam almari. 

Kerana T-shirt putih boleh digayakan dengan seluar jeans untuk gaya yang ‘casual’, seluar slack untuk semi-formal dan juga dipakai dengan slack dan blazer untuk acara formal. 

Percayalah! Lelaki atau perempuan kedua-dua pasti memerlukan baju T-shirt putih dalam almari mereka. 

Bak kata pepatah Inggeris, ‘you can never have enough white T-shirts’. 

Nah, kami sudah kongsikan cadangan 3 hadiah menarik yang boleh anda dapatkan untuk lelaki di Mistixmen.  

Macam mana? Menarik, bukan? Apa tunggu lagi? Jom lah pilih dan beli sekarang.

Mistixmen mementingkan harga yang mampu milik oleh semua pelanggan mereka. Dengan menggunakan bahan-bahan jenis berkualiti, diyakini hasilnya pasti memuaskan hati juga! 

Anda boleh mendapatkan produk-produk Mistixmen secara mudah melalui online. Pilih, add to cart dan checkout terus. Bayar juga secara online, senang betul. 

Selepas itu, team khidmat pelanggan Mistixmen akan menghubungi anda dan seterusnya barang terus sampai dirumah.

Layari Mistixmen  sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk yang mereka tawarkan. 

Atau hubungi sahaja team Mistixmen di talian 011-10653830 untuk sebarang soalan atau pertanyaan. 

Team mereka sangat ramah dan sedia menjawab sebarang persoalan yang anda ada. 

Nak tanya saiz? Cara penggunaan? Cara membeli? Atau apa-apa sahaja pertanyaan, jangan malu dan jangan segan, tanya sahaja team Mistixmen di WhatsApp!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart