Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang semakin dekat ini, semakin ramai orang mencari gaya rambut lelaki yang kemas supaya mereka lebih tampan dan bergaya.
Rambut merupakan aset yang sangat penting bagi setiap lelaki. Selain daripada harga servis yang murah, para lelaki juga mempunyai pelbagai gaya rambut yang boleh dicuba.
Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa gaya rambut lelaki yang anda boleh rujuk serta tips penjagaan rambut.
Teruskan membaca.
Makanan Untuk Menjaga Rambut
Sebelum kami menunjukkan gaya-gaya rambut lelaki yang kemas kepada anda, kami akan berkongsi beberapa tips penjagaan rambut dengan baik.
Salah satu cara ini adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Berikut adalah beberapa makanan yang membantu untuk mengekalkan kesihatan rambut anda.
Sayur Bayam

Sayur bayam adalah makanan pertama yang penting untuk kesihatan rambut anda. Ia kaya dengan nutrien seperti zat besi, Vitamin A dan Vitamin C yang sangat penting.
Nutrien tersebut membantu merawat kulit kepada anda menjadi lebih sihat supaya masalah tidak akan timbul.
Yogurt

Yogurt juga boleh membantu dalam penjagaan rambut. Hal ini kerana ia mempunyai kandungan protein dan nutrien lain yang sangat tinggi.
Selain itu, ia juga penting untuk pertumbuhan rambut secara elok dan sihat.
Yogurt juga boleh membantu melawan masalah keguguran rambut yang dihadapi oleh ramai orang.
Ikan

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis ikan untuk membantu anda mengekalkan kesihatan rambut.
Ikan seperti ikan kembung, sardin dan salmon adalah makanan yang sesuai kerana ia kaya dengan lemak omega-3 yang sangat bagus untuk rambut anda.
Ia akan menjaga kesihatan kulit kepala anda serta membantu menjaga kesihatan badan secara menyeluruh.
Daging Tanpa Lemak
Daging tanpa lemak seperti daging ayam dan daging lembu merupakan makanan keperluan kerana kedua-duanya mengandungi protein yang tinggi.
Ini penting kerana pertumbuhan rambut akan terbantut jika anda kekurangan protein. Oleh itu, pastikan anda mengambil protein dengan kerap dan mencukupi.
Ubi Jalar (Sweet Potato)

Makanan terakhir adalah ubi jalar. Ia akan membantu untuk melindungi diri anda daripada mengalami masalah rambut kering dan masalah penghasilan sebum di kulit kepala.
Ini kerana ubi jalar diperkaya dengan vitamin A yang amat penting untuk kesihatan rambut anda.
Gaya Rambut Lelaki Kemas
Pada bahagian ini, kami akan mencadangkan beberapa gaya rambut kemas dan terkini.
Anda boleh tunjuk gaya rambut ini kepada tukang gunting sebagai rujukan mengenai permintaan anda.
Nama-nama gaya rambut lelaki tersebut akan dinamakan dalam bahasa Inggeris.
Tetapi, anda tidak perlu risau kerana kebanyakkan tukang gunting akan tahu tentang gaya rambut lelaki ini berdasarkan gambar yang diberikan.
Close-Cropped Fade Haircut

Razor Fade Haircut

Fade Buzz Haircut

Pompadour

Undercut

Flat Top Haircut Untuk Rambut Kerinting

Faux Hawk

Quiff Haircut

Artikel berkait
Kepentingan Gaya Rambut Lelaki Kemas
Selain dari untuk nampak lebih kacak dan tampan, terdapat juga beberapa sebab lain untuk anda memiliki gaya rambut lelaki yang kemas.
- Untuk Imej Anda
Anda akan nampak lebih kemas sekiranya anda menitikberatkan perkara ini. Ini kerana orang ramai akan nampak rambut anda terlebih dahulu.
Ini akan menentukan first impression anda. Jika rambut anda serabai dan tidak terurus, mereka akan beranggapan anda sebagai seorang yang selekeh.
Sebaliknya, jika anda mempunyai gaya rambut yang kemas, maka ia akan menghasilkan imej yang baik untuk anda.
- Nampak Lebih Muda
Bagi mereka yang semakin berusia, gaya rambut yang terikini boleh membantu anda untuk tampak lebih muda dan tampan.
Ini dikejar oleh ramai lelaki dan perkara yang paling mudah untuk memastikan perkara ini adalah dengan gaya rambut yang kemas!
- Menaikkan Self-Confidence
Mereka yang memilki gaya-rambut lelaki yang kemas dan bergaya biasanya akan memiliki self-confidence yang tinggi.
Ini kerana imej diri mereka adalah baik dan kemas. Selain itu, ia akan terus menaikkan keyakinan kendiri serta membantu untuk mencuba perkara yang anda mungkin tidak pernah.
Kesimpulannya, gaya rambut lelaki adalah perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh kaum lelaki supaya mereka lebih terurus.
Bagi mendapatkan kesihatan rambut yang lebih terjamin, anda digalakkan untuk mengamalkan pemakanan secara sihat.
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan antara contoh makanan yang tinggi dengan nutrien dan serat.
Selain daripada memberi kesihatan secara menyeluruh, ia juga bagus untuk kesihatan rambut!
Jika anda mencari syarikat lokal yang menjual barang penjagaan rambut jambang seperti minyak, anda boleh mencuba Mistixmen!
Kami memastikan produk dan servis kami adalah berkualiti tinggi supaya anda tidak risau. Berikut adalah beberapa sebab anda perlu memiliki kami!
- Harga Mampu Milik
Kami mementingkan harga yang mampu milik, tetapi barangan kualiti.
- Pilihan Pertama Di Malaysia
Kami menawarkan produk pertama pilihan lelaki di Malaysia.
- Bahan Berkualiti
Kami gunakan bahan jenis berkualiti, dan diyakini hasil yang sangat anda puas hati.
- Beli secara online
Boleh bayar terus secara online, dan team khidmat pelanggan kami akan melayan anda, seterusnya barang terus sampai dirumah.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan, anda boleh terus ke laman web kami di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.
