Trend fesyen lelaki pada masa sekarang boleh dilihat telah mengalami perkembangan seiring perubahan zaman.
Ia juga sering bertukar mengikut musim tetapi ada juga individu yang agak ketinggalan untuk mengikuti gaya terkini.
Bagi mereka yang tidak mengambil tahu tentang perkara ini, sudah tentu akan keliru dengan trend fesyen kini.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda fesyen lelaki yang terhangat buat masa kini!
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Trend Fesyen Lelaki 2022
Di bahagian ini, kami akan memberitahu anda beberapa jenis baju dan pemakaian yang menjadi pilihan ramai jejaka di Malaysia.
Printed T-Shirt
Satu jenis baju yang sering dikaitkan dengan fesyen lelaki terkini adalah printed t-shirt. Ia semakin popular dan sangat sesuai di Malaysia kerana cuaca yang panas.
T-shirt ini jenis breathable kerana kebanyakkan printed tee tidak tebal.
Anda boleh membeli di Uniqlo, Brands Outlet, Nike, dan Adidas. Harganya juga mampu milik setanding material dan kualiti.
Beg Silang
Memakai beg silang atau cross-body bag juga merupakan satu trend fesyen lelaki pada masa kini. Selain daripada nampak bergaya, ia juga merupakan satu aksesori yang sangat praktikal.
Anda boleh menyimpan pelbagai barang dalam beg tersebut seperti beg duit, telefon bimbit, dan powerbank.
Ia juga lebih selamat untuk mengurangkan berlaku kecurian barang berharga kerana posisi beg pada badan yang strategik.
Slack Trousers
Selain dari memakai jeans, semakin ramai lelaki memilih untuk memakai slack trousers. Ia sangat cantik kerana sesuai untuk dipakai di banyak situasi.
Dibandingkan dengan seluar jeans yang tidak sesuai untuk dipakai ke majlis formal atau tempat kerja.
Tetapi jika memakai slack trousers yang berkualiti tinggi, anda boleh memakainya bila-bila masa. Pastikan warna adalah sesuai dengan tempat yang dituju.
Blazer & T-Shirt
Memakai t-shirt dan blazer juga merupakan satu trend fesyen lelaki pada masa kini. Ia nampak kemas dan agak profesional.
Untuk mengelakkan terasa panas, anda perlu memakai t-shirt yang tidak tebal sebelum dipadankan bersama blazer.
Blazer yang dipakai juga mestilah tidak terlalu tebal atau lebih besar daripada pemakai supaya nampak kemas dan bergaya.
Tips Fesyen Lelaki
Selain pemakaian, kami juga akan memberikan beberapa tips untuk menjadi seorang lelaki yang lebih bergaya.
Memilih Warna Yang Sesuai
Warna merupakan faktor yang sangat penting terutamanya jika anda ke sesuatu majlis atau keluar bersama kawan.
Ia disarankan supaya outfit anda tidak melebihi 3 warna supaya keseluruhan penampilan anda kelihatan lebih kemas.
Tidak Perlu Barang Mahal
Salah satu tanggapan yang diamalkan ramai orang adalah semakin mahal barang itu, semakin cantik atau bagus kualitinya.
Anda sebenarnya boleh membeli baju atau barang fesyen lelaki di mana-mana kedai yang semakin banyak termasuk secara online.
Anda disarankan untuk membuat perbandingan antara kedai terlebih dahulu jika mahu menjimatkan duit.
Jangan Memakai Baju Yang Ketat
Memakai baju yang terlalu ketat, longgar atau terlalu besar boleh menyebabkan pemakai nampak tidak kemas.
Anda harus mencuba dahulu baju atau seluar sebelum membeli untuk memastikan saiz yang sesuai dan selesa.
Kesimpulannya, terdapat banyak trend fesyen lelaki pada masa kini yang semakin menarik untuk diikuti.
Untuk memastikan keseluruhan penampilan anda lebih menarik, anda juga harus menjaga rambut dan jambang dengan baik.
Jika mencari produk yang boleh membantu penjagaan rambut dan jambang pula, anda boleh mencuba produk Mistixmen!
Kami memastikan produk dan servis kami adalah berkualiti tinggi supaya anda berpuas hati.
Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki produk daripada Mistixmen!
- Harga Mampu Milik
Kami mementingkan harga yang mampu milik, tetapi barangan berkualiti.
- Pilihan Pertama Di Malaysia
Kami menawarkan produk pertama pilihan lelaki di Malaysia.
- Bahan Berkualiti
Kami gunakan bahan jenis berkualiti dan selamat, diyakini hasil yang sangat anda puas hati.
- Beli secara online
Boleh bayar terus secara online, dan team khidmat pelanggan kami akan melayan anda, seterusnya barang terus sampai ke rumah.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh tekan pautan dibawah ini untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.