Style Rambut Lelaki Pendek & Cara Penjagaan

Apabila tiba masa untuk gunting rambut, kebanyakkan lelaki akan Google pelbagai jenis gaya seperti style rambut lelaki pendek untuk ditunjukkan kepada tukang gunting.

Ini untuk memastikan rambut akan kemas dan mengikut cita rasa lelaki tersebut kerana mungkin terdapat salah faham jika hanya disebut tanpa gambar.

Jika anda sudah bosan dengan gaya yang sama, anda berada di tempat yang betul! Kami akan mencadangkan kepada beberapa style rambut lelaki pendek serta cara penjagaan.

Teruskan membaca artikel ini untuk dapat tahu dengan lebih lanjut.

7 Style Rambut Lelaki Pendek

style rambut lelaki pendek

Di sini, kami akan mencadangkan kepada anda beberapa style rambut lelaki pendek yang anda boleh guna.

  1. Undercut

Style rambut lelaki pendek yang pertama adalah style yang sangat terkenal di antara kaum lelaki iaitu jenis undercut.

Ini merupakan gaya yang memerlukan kemahiran yang sangat tinggi dari tukang gunting. Gaya rambut jenis ini adalah apabila rambut di atas panjang lebar.

Untuk belakang dan sisi kepala pula, ia dipotong pendek seperti buzzcut. Ia adalah satu gaya yang popular kerana gaya yang cool dan kemas.

Ini adalah beberapa variasi undercut yang anda boleh dapat:

  • Undercut Comb Over Pomp
  • Messy Textured Top + Undercut Fade + Full Beard
  1. Fade dan Taper

Rambut fade juga adalah style rambut lelaki pendek yang popular di Malaysia. Ia juga mempunyai gaya lebih kurang dengan undercut.

Namun di sisi dan belakang kepala ia sedikit kerana corak fade iaitu saiz rambut yang lain di beberapa tempat.

Ini adalah beberapa variasi fade dan taper yang anda boleh dapat:

  • Taper Fade
  • Low Fade
  • High Fade
  • Mid Fade
  • Bald/Skin Fade
  1. Quiff

Style rambut lelaki pendek yang seterusnya adalah quiff iaitu sejenis gaya yang sudah popular untuk sekian lama.

Ia dipopularkan oleh kumpulan rock yang membuatkannya sebagai satu trend. Sehingga kini, masih ramai suka gaya rambut ini.

Ini adalah beberapa variasi quiff yang anda boleh dapat:

  • Textured Modern Quiff
  • Spiky Quiff + Short Sides
  1. Buzz Cut

Ini merupakan style rambut lelaki pendek yang biasanya akan ada pada zaman budak lagi kerana ia sangat mudah dan kemas.

Ia adalah potongan yang tradisional dan boleh dibuat sendiri di rumah kerana hanya menggunkan satu saiz sahaja.

  1. Fringe

Berbanding dengan buzz cut, gaya rambut fringe adalah gaya yang moden dan merupakan pilihan ramai budak zaman sekarang.

Gaya ini adalah apabila rambut jatuh di atas hairline untuk menutup dahi.

  1. Crew Cut

Style rambut lelaki pendek crew cut adalah gaya yang sesuai untuk budak lelaki kerana gayanya yang kemas. Ia sangat mudah dan dikenali oleh kebanyakkan tukang gunting.

Jika anda tidak tahu jenis gaya apa yang anda patut dapat, crew cut merupakan satu gaya yang bagus.

  1. Man Bun

Bagi mereka yang ingin simpan rambut panjang tetapi mahu nampak kemas, gaya man bun mungkin adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda.

Rambut anda akan nipis di bahagian sisi dan belakang kepala namun panjang di atas kerana ia akan diikat seperti bun. Ia adalah pilihan ramai hipster kerana gayanya yang cool!

5 Cara Penjagaan Rambut Yang Betul

sstyle rambut lelaki pendek

Terdapat juga beberapa cara jaga rambut yang anda perlu maklum supaya style lelaki rambut pendek anda nampak kemas. Berikut adalah beberapa langkah tersebut:

  1. Amalan Makanan Sihat

Salah satu perkara yang sangat penting adalah cara anda makan. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut anda.

Anda disarankan mengambil makanan seperti sayur bayam , yogurt, ikan dan sebagainya kerana ia mengandungi nutrien yang bagus.

  1. Jangan Shampoo Dengan Kerap

Anda disarankan untuk kurangkan shampoo kerana ia boleh memberi kesan yang buruk kepada rambut anda. Tidak perlu guna setiap kali mandi kerana air sudah cukup.

Jika selalu shampoo, ia mungkin akan memberi risiko untuk rambut anda gugur.

  1. Kurangkan Warnakan Rambut

Mewarnakan rambut dengan kerap juga merupakan satu langkah yang tidak bagus untuk kesihatan rambut anda. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk.

Jika anda memilih untuk mewarnakan rambut, pastikan jenis yang anda guna adalah dari jenama yang bagus untuk memastikan kualiti bagus.

  1. Keringkan Rambut Elok-Elok

Ini merupakan satu cara yang tidak diketahui oleh ramai. Apabila anda lepas mandi, pastikan anda mengeringkan rambut perlahan-lahan dengan kain tuala.

Jika anda buat dengan kasar, ia boleh merosakkan rambut. Lebih baik untuk menggunakan pengering rambut untuk pastikan tiada masalah.

  1. Selalu Trim Rambut 

Anda juga dinasihatkan untuk trim atau gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan anda nampak kemas.

Ia juga termasuk misai atau janggut anda. Kedua-dua ini juga memerlukan perhatian seperti rambut kerana ia akan memberi kesan kepada imej anda.

Kesimpulannya, terdapat banyak style rambut lelaki pendek yang menarik.

Jika anda mencari syarikat di Malaysia yang menjual barang yang boleh membantu penjagaan rambut anda jambang seperti minyak, anda boleh mencuba Mistixmen!

Kami memastikan produk dan servis kami adalah berkualiti tinggi supaya anda tidak risau. Berikut adalah beberapa sebab anda perlu memiliki kami!

  • Harga Mampu Milik

Kami mementingkan harga yang mampu milik, tetapi barangan kualiti.

  • Pilihan Pertama Di Malaysia

Kami menawarkan produk pertama pilihan lelaki di Malaysia.

  • Bahan Berkualiti

Kami gunakan bahan jenis berkualiti, dan diyakini hasil yang sangat anda puas hati.

  • Beli secara online

Boleh bayar terus secara online, dan team khidmat pelanggan kami akan melayan anda, seterusnya barang terus sampai dirumah.Jika anda mempunyai apa-apa soalan, anda boleh terus ke laman web kami di sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart