Bau Badan: Punca Harian dan Cara Menghilangkannya

Masalah bau badan sering dihadapi oleh orang ramai. Masalah ini boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang.  Yang mengalami masalah ini pasti trtanya-tanya cara hilangkan bau badan.

Banyak kajian telah dijalankan bagi mengetahui punca-punca terjadinya masalah ini. 

Buat anda yang sedang mengalami masalah bau badan, jangan risau! Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa info penting yang anda perlu tahu mengenai bau badan. 

Jom baca artikel ini sampai habis. 

Apa itu Kelenjar?

Perkara utama yang anda perlu tahu mengenai bau badan adalah kelenjar peluh yang ada di dalam badan. 

Hal ini kerana orang ramai sering kali mengait-rapat masalah bau badan dengan peluh. 

Tetapi, adakah itu benar? 

Jawapannya, ya tetapi masalah bau badan juga dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti fizikal seperti minum minuman beralkohol. 

Berikut merupakan info ringkas mengenai kelenjar: 

Kelenjar merupakan amat penting di dalam anatomi tubuh manusia kerana ia menghasilkan hormon, peluh mahupun rembesan. 

Kebiasaannya, rembesan ini tidak mempunyai apa-apa bau. 

Buat pengetahuan anda, kelenjar peluh terbahagi kepada tiga iaitu ekrin, apokrin dan juga endokrin. 

  • Kelenjar peluh ekrin 

Kelenjar peluh ekrin boleh dijumpai di bawah lapisan bawah epidermis. Fungsi utama kelenjar jenis ini adalah untuk memastikan agar suhu badan sentiasa terjaga.

  • Kelenjar peluh apokrin 

Kelenjar peluh apokrin berfungsi untuk mengeluarkan bau (yang menyenangkan) daripada tubuh badan individu. Bau ini adalah sering dikatakan mempunyai bau yang tertentu. 

Ini bermaksud, setiap individu mempunyai bau badan natural yang berbeza. 

Kelenjar peluh apokrin terdapat pada bahagian tubuh yang tersorok seperti kemaluan dan ketiak. 

  • Kelenjar peluh endokrin

Kelenjar peluh endokrin berfungsi untuk menghasilkan hormon tubuh badan. 

Punca-punca Lain Sebabnya Badan Berbau

Berikut merupakan punca-punca lain terjadinya badan anda berbau: 

  • Pengambilan minuman alkohol

Minuman beralkohol mengandungi bahan-bahan asing yang terlalu banyak. Kandungan ini akan menyebabkan tubuh badan trigger dan menganggapnya sebagai toksin. 

Disebabkan itu, pengambilan minuman beralkohol akan menyebabkan badan anda mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan

bau badan disebabkan oleh kesan sampingan ubat

Pengambilan antihistamines, decongestants serta ubat melegakan otot dan saraf boleh mengakibatkan mulut kering. Ini akan menyebabkan mulut anda mengalami nafas berbau. 

  • Tekanan yang berlebihan daripada kelenjar apokrin

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana terhasilnya peluh? 

Peluh dihasilkan akibat daripada tekanan yang dikeluarkan oleh kelenjar apokrin. Penghasilan peluh ini adalah lebih berbau daripada peluh biasa. 

Oleh itu, ini akan menyebabkan terjadinya bau badan yang kurang menyenangkan. 

  • Diabetes

Jika seseorang itu menghidap diabetes, badannya akan mula mengekstrak lemak untuk mendapatkan tenaga. 

Ini sekaligus menyebabkan kadar ketones menjadi tinggi di dalam badan. Bacaan kadar ketones yang tinggi ini akan menyebabkan terjadinya bau badan.  

  • Penggunaan pakaian dalam secara kerap dan lama

Ramai orang tidak sedar bahawa pemakaian pakaian dalam secara kerap dan lama akan menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan. 

Mereka sering mengabaikan kebersihan kendiri seperti membasuh pakaian dalam yang telah dipakai. 

Disebabkan sikap sambalewa inilah yang mencetuskan bau yang tidak enak kepada orang sekeliling. 

Lebih-lebih lagi pemakaian baju dalam yang diperbuat daripada material yang mudah untuk menyerap peluh. Pakaian dalam seperti ini adalah sangat selesa. 

Namun begitu, anda diingatkan bahawa material pakaian dalam seperti ini akan menyebabkan pertumbuhan kuman dan bakteria dalam masa yang singkat.

6 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Bau Badan 

Bagi anda yang sedang mengalami masalah bau badan, anda digalakkan untuk mengamalkan tips-tips di bawah: 

  • Jaga kebersihan diri dengan mandi

Cara paling utama untuk mengatasi masalah bau badan adalah dengan menjaga kebersihan tubuh

Untuk itu, anda perlu membersihkan diri dengan mandi sebanyak 3 kali sehari. 

Dengan ini, masalah bau badan dapat dikurangkan dan anda akan berasa lebih segar untuk sepanjang hari. 

  • Pastikan badan anda sentiasa kering 

memastikan badan sentiasa kering dapat mengurangkan abu badan

Salah satu kesilapan besar yang orang ramai sering lakukan adalah tidak memastikan tubuh kering selepas mandi. 

Mengapakah perkara ini penting untuk dilakukan? 

Sekiranya tubuh badan anda masih basah, pertumbuhan bakteria ada lebih cenderung untuk berada di kawasan yang bertutup dan lembap. 

Selain itu, jika anda memakai deodorant mahupun minyak wangi ketika badan masih basah, ini akan menyebabkan penghasilan bau yang kurang enak.  

  • Mengganti baju apabila perlu 

Sekiranya anda peminat aktiviti sukan, anda digalakkan untuk membawa baju ganti. 

Ini kerana penghasilan peluh secara kerap akan menyebabkan pertumbuhan bakteria menjadi lebih aktif. 

Tambahan pula, badan yang berpeluh akan menyebabkan tubuh badan terasa gatal. 

  • Penggunaan deodorant dan antiperspiran

deodorang dan anti-aspiran membantu dalam menghilankan bau badan

Langkah yang berikut adalah untuk menggunakan deodorant dan juga antiperspiran. Kedua-dua produk ini boleh mengurangkan masalah bau badan yang dihadapi oleh seseorang. 

Buat mereka yang tidak mengetahui, deodorant mengandungi kandungan alkohol dan komponen bakteria seperti triclosan. 

Ia membantu untuk mengawal pembiakan bakteria pada tubuh badan. 

  • Mencukur bulu pada tubuh tertutup 

Langkah lain yang boleh dilakukan untuk mengurangi masalah bau badan adalah dengan mencukur bulu di kawasan tertutup.

Menurut sebuah artikel dari Journal of Cosmetic Dermatology, mencukur bulu seperti ketiak dapat menghasilkan perbezaan yang amat ketara pada tubuh badan. 

Hal ini kerana kulit yang bersih dan tidak mengandungi bulu adalah lebih mudah untuk dibersihkan.

  • Cuba untuk relaks

relaks dan tenangkan diri dapat membantu mengurangkan bau badan

Seperti yang dinyatakan di atas, stres merupakan salah satu punca utama terjadinya peluh berlebihan. Akibatnya, ia akan membuat anda lebih cenderung untuk mengalami bau badan.

Beberapa contoh kegiatan relaksasi yang anda boleh lakukan ialah yoga, meditasi, atau menghirup lilin aromaterapi.

Kesimpulannya, masalah bau badan bukanlah suatu perkara yang perlu dipandang enteng. 

Anda perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan masalah ini berterusan untuk jangka masa yang lama. 

Untuk itu, kami daripada Mistix Men menawarkan produk wangi-wangian badan yang berkualiti dan dapat membantu untuk mengurangkan masalah bau badan.

logo mistixmen

Mistixmen mempunyai dua jenis minyak wangi; Mistixmen Perfume Dark dan Mistixmen Perfume Light. 

Variasi daripada kedua-dua produk ini sudah cukup untuk membantu anda mengatasi masalah bau badan. 

Tetapi, harus diingatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri agar bau perfume daripada Mistix Men ini kekal berpanjangan. 

Yang lebih menariknya, kami sedang menawarkan POTONGAN HARGA sebanyak RM50 sekiranya anda membeli secara combo; Mistixmen Perfume Dark dan Mistixmen Perfume Light.

Jom atasi masalah bau badan dengan menggunakan minyak wangi daripada Mistix Men sekarang! Klik sahaja pada link yang diberikan dibawah ini:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart