bisnes

Bisnes Barangan Lelaki Di MistixMen

Disebabkan oleh pelbagai sebab, ramai lelaki tidak peduli tentang penjagaan diri. Lagi kan menjaganya untuk menarik perhatian kaum wanita. 

Mungkin dalam kalangan golongan ini, menjaga penampilan diri untuk memikat wanita bukanlah satu tindakan yang bijak. 

Tetapi adakah anda tahu bahawa wanita ini lebih tertarik kepada lelaki yang bergaya dan yakin diri?

Lelaki boleh kelihatan kacak tanpa menghabiskan masa untuk mekap atau memakai gincu pada bibir. 

Janggut adalah salah satu elemen penting bagi menaikkan penampilan lelaki.

Seorang lelaki akan kelihatan lebih gagah dan matang jika dia mempunyai janggut. Hanya perlu merapikan dan merawat supaya mempunyai janggut yang sihat dan rapi pun mencukupi.

Elakkan membuatnya terlalu panjang kerana ia akan membuat anda nampak tua.

Bukan sahaja janggut, kekemasan penampilan dan bau badan juga faktor tarikan seorang lelaki. Ramai perempuan akui mereka lebih suka dan tertarik kepada lelaki wangi dan berpakaian kemas.

Jom baca lebih lanjut mengenai barang apa lelaki perlu ada untuk menjaga keterampilan diri agar nampak kemas dan segak.

Barang Yang Lelaki Perlu Ada Dalam Wardrobe

  •  Minyak Wangi 

perfume

Bagi kebanyakan orang, wangian adalah salah satu perkara yang paling penting. Malah bauan seseorang boleh mendedahkan identiti dan keperibadian mereka. 

First impression sesiapa sahaja yang berjumpa dengan anda semestinya tentang bau badan. Mestilah kita nak bau badan kita okay kan?

Tapi ramai pandang remeh mengenai benda ini. pembelian minyak wangi ialah satu investment yang bagus untuk diri ditambah pula dengan bisnes minyak wangi yang semakin merebak pada masa ini. 

Kalau anda nak tahu, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa memakai minyak wangi boleh meningkatkan kesihatan mental anda!

Ini kerana bau yang dihasilkan oleh perfume tersebut boleh menaikkan mood anda dan orang sekeliling. 

Mengapa ia penting? Ini boleh membantu anda untuk mengawal emosi dan mengurangkan risiko untuk anda menghadapi tekanan kerja atau tekanan lain.

  • T-shirt

T-shirt merupakan antara pakaian wajib dalam setiap almari pakaian lelaki mahupun wanita.

T-shirt menjadi pilihan hati disebabkan oleh keselesaannya dan senang untuk dipadankan dengan jenis seluar atau aksesori. 

Kebanyakan baju t-shirt tak perlu di seterika. Memudahkan tetapi boleh menjadi game changer penampilan lelaki.

Walau bagaimanapun, t-shirt juga mempunyai pelbagai jenis, sebagai lelaki yang menjaga penampilan, anda tidak semestinya harus memiliki semua jenis t-shirt. 

Cukup sekurang-kurangnya 5 jenis di dalam almari anda seperti:

  • Undershirt

bisnes

T-shirt jenis ini bertindak sebagai penyerap peluh dan lapisan baju luar yang anda pakai. 

Nampak remeh tapi undershirt ni sangat membantu tau!

  • T-Shirt Polo

tshirt polo

T-shirt polo menampakkan anda lebih versatile. Siapa sangka t-shirt dari Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 menjadi popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen  sehingga kini.

T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya, ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang menampakkan lebih segak.

  • T-shirt Biasa

bisnes

T-shirt atau dipanggil regular t-shirt semestinya salah satu jenis yang banyak dijual di pasaran dan juga menjadi pilihan utama para lelaki lagi-lagi untuk aktiviti santai.

Pemilihan t-shirt haruslah bersesuaian dengan warna kulit selain daripada fabrik yang selesa. 

T-shirt biasanya hadir dengan pelbagai rekaan, corak dan juga warna. Dengan variasi ini, sangat mudah untuk anda mix and match.

3) Minyak Jambang

minyak jambang

Untuk lelaki yang mempunyai jambang ataupun sedang menumbuhkan jambang, anda perlu ada minyak jambang dalam wardrobe.

Penjagaan rapi jambang amat penting supaya jambang tumbuh dengan elok dan sihat. 

Dan yang baru saja berjinak menyimpan jambang sangat perlu benda ni. Ia membantu jambang tumbuh dengan sekata dan cepat.

Selain itu, minyak jambang membantu melembabkan kulit tau! Bila kulit sihat, jambang anda boleh tumbuh dengan senang. 

Anda pun akan kelihatan extra macho kerana jambang anda tampil sihat dan berkilat.

Kalau anda perasan, ramai selebriti tanah air yang menyimpan jambang kelihatan maskulin. Muka jambu pun boleh kelihatan gagah dan extra kacak.

Kesimpulannya, apa yang lelaki perlukan tidaklah banyak seperti perempuan. Dengan hanya 3 barang ini, anda sudah boleh tampil lebih segak dan berkeyakinan tinggi.

Kalau nak jumpa sesiapa pun selepas ini, tak perlu lagi risau orang tak selesa dengan kita atau tidak senang bercakap dengan kita.

Sebab itulah, Mistixmen mengeluarkan must-buy produk untuk para lelaki melalui bisnes yang kami tawarkan.

bisnes

Mistixmen mengeluarkan produk bisnes berkualiti tinggi yang mampu milik untuk membantu para lelaki Malaysia kelihatan kacak dan maskulin seperti tagline mereka: “Dulu Ensem Sekarang Awesome”.

Di sini, kami mengeluarkan 3 produk seperti:

  • Mistixmen Beard Oil
  • Mistixmen T-Shirt
  • Mistixmen Perfume Light & Dark

Jangan risau, produk kami dijamin berkualiti tinggi dan memberi kesan positif kepada pemakainya. 

Sekiranya produk kami tidak berhasil dalam masa 3 bulan, kami memberi jaminan bayaran balik untuk anda kerana kami hanya mahu berikan yang terbaik kepada pelanggan bisnes kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu membeli produk kami, anda dialu-alukan datang ke Instagram atau Website Mistixmen.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart