idea bisnes

7 Idea Bisnes Yang Boleh Anda Cuba

Seiring dengan kemajuan negara kita, teknologi juga semakin canggih dari hari ke hari. 

Zaman kini kita mesti berfikir diluar kotak dalam menyelesaikan masalah.

Mungkin dengan peningkatan kos sara diri kita jadi serabut dan mendorong kepada masalah lain sehingga menyebabkan stres.

Mungkin ada yang sedang terjejas dengan kerjaya berikutan pandemik yang lalu. Anda semua jangan khuatir. 

Tapi kena ada jiwa yang kental dan semangat yang tinggi untuk jalankan perniagaan untuk bersaing dalam dunia berniaga.

Disini ada 7 idea bisnes yang anda boleh cuba untuk lakukan. Belum cuba belum tahu, bukan? Teruskan membaca artikel ini.

 

7 Idea Bisnes

Sebelum sesebuah bisnes menjadi besar, ianya bermula dengan perniagaan yang kecil.

Angan-angan untuk membesarkan bisnes dan empayar sendiri tiada masalah, cuma pastikan kita berusaha ke arah demikian.

Antara idea bisnes yang boleh anda cuba:

  1. Perniagaan air buah-buahan

air buah

Dengan bisnes ini terutama pada musim dan waktu panas insha Allah sangat laku dan laris.

Anda juga boleh berniaga di pasar malam, pasar tani atau bazar Ramadan.

Mungkin anda boleh tambah sedikit makanan tambahan seperti aiskrim, dadih atau puding untuk menambah variati.

  1. Perniagaan kek

kek

Waktu dulu, jarang kita lihat kek dijual di pasar tani, pasar malam atau tepi jalan.

Namun, sekarang kek sudah pun dijual dimerata tempat dan ada yang dijual melalui online dan semestinya di kedai-kedai.

Ada yang buat kek sendiri dan pasarkan sendiri. Dan ada juga tempah kek kemudian pasarkan menggunakan jenama sendiri.

Yang paling penting ada ilmu perniagaan, walaupun kurang mengenai ilmu kek. Jika boleh tambah ilmu tentang kek, pasti akan boleh pergi jauh.

  1. Perniagaan makanan frozen

makanan frozen

Kini banyak kedai-kedai runcit termasuk pasar harian sudah pun menjual makanan frozen atau sejuk beku.

Ini kerana makanan frozen sangat membantu orang yang kemungkinan sibuk bekerja atau tiada masa untuk memasak.

Ianya sangat mudah kerana setelah beli hanya perlu dipanaskan jika mahu makan.

  1. Perniagaan pakaian

idea bisnes

Mungkin anda ada bakat untuk menjahit dan membuat pelbagai jenis pakaian.

Jika tiada ilmu menjahit pun tiada masalah, mungkin anda boleh memborong secara banyak dan menjualnya semula.

Perniagaan baju seperti pakaian bundle mula mendapat perhatian ramai dan pelanggan termasuk lah secara online.

  1. Perniagaan barangan sukan

barangan sukan

Di setiap pekan dan bandar di negara kita pasti ada kedai barangan dan pakaian sukan.

Perniagaan ini juga merupakan salah satu perniagaan kegemaran para usahawan kecil dengan mulakan sistem pembekalan.

Jika anda mempunyai jaringan yang kuat dengan sekolah, persatuan serta organisasi diluar boleh bekalkan barangan dan pakaian sukan kepada mereka.

Yang pasti pada musim sukan anda boleh push sales.

  1. Perniagaan menjual minyak jambang

minyak jambang

Kebiasaanya dipasaran banyak terjual minyak wangi atau mungkin minyak rambut.

Minyak jambang dikira masih baru dalam beberapa tahun ini serta ada berbagai jenis dan macam-macam manfaatnya.

Ada yang sasarkan untuk budak sekolah, orang dewasa dan orang berusia.

Walau siapapun sasaran anda, perniagaan produk ini masih relevan kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Contohnya produk daripada Mistixmen, keluaran bumiputera yang menjadi pilihan para lelaki untuk tampil maskulin.

Walaupun banyak jenama di pasaran, namun pelanggan akan mencari yang paling berkualiti dan memberi kesan yang terbaik.

  1. Perniagaan mengajar online

idea bisnes

Sejak dunia Internet berkembang maju, semakin ramai mencari tutor atau cikgu untuk kelas tambahan.

Banyak manfaat menolong dan mengajar pelajar yang memerlukan latihan tambahan selain dalam kelas.

Jika anda mahir dalam sesuatu subjek, anda boleh mula membuka kelas untuk mengajar subjek tersebut.

 

Kelebihan Berniaga

Sesetengah orang memang meminati untuk berniaga tetapi tak semua orang berani hendak memulakan perniagaan sendiri.

Mungkin kerana tiada bimbingan daripada sifu-sifu yang mahir atau paling bimbang rugi dan tiada pulangan modal.

Anda juga begitu?

Sememangnya tiada salah disitu. Terpulang kepada minat masing-masing, mungkin ada yang selesa bekerja makan gaji.

Rezeki ada dimana-mana. Tetapi sebagai manusia kita digalakkan berniaga untuk memajukan taraf ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup kita sendiri.

Antara kelebihan berniaga ialah cabar kemampuan diri. Apabila anda sudah memulakan perniagaan sendiri, anda perlu lebih bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas perniagaan anda.

Selain itu, risiko dalam bisnes juga boleh melatih diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, mematangkan minda anda dan berfikir dengan lebih advance untuk mencapai kejayan.

Jika anda menghadapi segala risiko dalam perniagaan anda, pada akhirnya anda akan menikmati 100% kemanisan kejayaan melalui bisnes anda.

Disamping itu, bantu orang yang memerlukan. Macam mana nak tolong orang lain jika anda tidak mempunyai kemampuan yang tinggi?

Cara yang terbaik adalah anda membantu melalui berniaga. Anda boleh bantu orang yang memerlukan jika mendapat rezeki dan hasil yang lebih.

Kesimpulannya, banyak yang anda dapat ketika berniaga. Tak semua orang lalui perjalanan yang sama ketika berniaga.

Cumanya jangan putus asa dan berusaha bersungguh -sungguh sehingga anda berbangga dengan diri sendiri.

Tahukah anda Mistixmen ditubuhkan tahun 2017 di Malaysia dan menghasilkan produk-produk khas untuk kaum lelaki.

Produk Mistixmen boleh dimiliki dengan harga yang sangat mampu milik dan berkualiti tinggi.

Mistixmen menjual produk minyak jambang, minyak wangi lelaki dan pakaian jenama Mistixmen sendiri. Jika anda berminat dan mempunyai soalan tentang Mistixmen, boleh tekan link dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Shopping Cart